Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)

Selasa

KENAPA TIDAK AMBIL TINDAKAN KEPADA DEKAN ALQURAN BUAT PENYATAAN AWAM TANPA KEBENARAN

by Gpms Kuin on Thursday, April 7, 2011 at 2:40am ·

Sungguh tidak adil dan double standard , Selepas Us Idrus dikenakan tindakan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai timbalan dekan kuliah alquran tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab kononnya mengikut peraturan Arahan PerbendaharaanBab D 19 (1) dan (2)dengan dakwaan sebagai penjawat awam beliau tanpa sebarang keizinan daripada pihak Universiti untuk membuat penyataan awam kini apabila tiba giliran Dekan kuliah alquran membuat penyataan awam yang jelas salah dan bertentangan dengan pekeliling yang sama tiada sebrang hukuman dan siasatan dibuat , bahkan penyataan beliau dengan jelas menyatakan laporan yang diberikan adalah salah dan seolah olah seluruh rakyat Kedah telah ditipu dengan MB denngan mengatakan staf tahfiz mengugut hantar surat ada berbaur ugutan sedangkan tidak seperti itu. Lalu mesyuarat hanya menasihatkan agar Dekan tersebut tidak mengeluarkan lagi sebarang penyataan awam

Kenapa Ustaz Idrus dikenakan tindakan serta merta tanpa sebarang notis sedangkan Dekan Azharudin (adik angkat Rektor) tidak dikenakan hukuman yang sama , bahkan perlu dibuang kerja kerana jawatannya hanya kontrak sahaja buka status tetap seperti Us Idrus.

Inilah contoh ketidak adilan yang berlaku di dalam sebuah universiti Islam. Sampai bila MB tidak mahu turun padang, Jamil sudah tidak boleh ditegur. Beliau masih nak simpan kroninya sebab ada profit interest (kepentingan)

Kepada pembaca warkah saya ini , fikirkanlah sendiri apa yang sudah berlaku di dalam KUIN sekarang. Selagi si beruk itu ada di KUIN selagi itulah KUIN akan hancur, Bila kepimpinan bukan Ulamak dan bukan dari latarbelakang Islam maka inilah jadinya. Betullah kiamat sudah hampir apabila urusan UNiversiti Isalam diserahkan kepada bukan ahlinya.

-Presiden GPMS-