Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)
Tampilkan postingan dengan label demo. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label demo. Tampilkan semua postingan

Jumat

TAULAN HANYA SESUAI DI GELAR EXCO DEMO : JAWAPAN TUDUHAN TAULAN “PENSYARAH TAHFIZ YANG MAHU KELUAR SENDIRI DARI KUIN”

by Gpms Kuin on Tuesday, May 3, 2011 at 6:02pm ·

Sepanjang kerjaya Taulan sebagai exco pendidikan tak langsung memberikan perubahan positif kepada KUIN. Apa program yang dia mai, apa perjumpaan dia buat. Taulan hanya akan muncul membincangkan hal KUIN kalau ada mesyuarat Lembaga, itu pun sebab dia ahli lembaga. Yang lebih malang dia akan muncul bila ada demonstrasi sahaja . Bila ada demo maka muncullah Taulan, betul kata seorang rakan saya Taulan hanya sesuai digelar ‘EXCO DEMO’. Pada 11.1.11 apabila pelajar KUIN buat himpunan mega berarak dalam KUIN maka taulan pun ditugaskan untuk jumpa pelajar yang buat demo. Pada 1.04.11 apabila pelajar tahfiz buat demo , Taulan pun ambil fail cepat cepat melaksanakan tugasnya sebagai exco demo dengan menyoal siasat pelajar tahfiz yang terlibat. Alaihai Taulan jangan jadi Mat Jenin atau Luncai . Buat kerja kena ikhlas, jangan masa ada demo sahaja nak soal sana soal sini, kami tahu kamu tu loyar, tapi sedarkah kamu wahai Taulan , kamu adalah seorang exco kerajaan Negeri bukan Exco Demo. Jangan cakap sahaja pandai tapi praktikalnya hampeh. Kalau berani turunlah padang jumpa staf, jumpa pelajar...jangan cakap ikut belakang sahaja.

Mengenai statement yang dikeluarkan Taulan dlam Blog Kedahlanie dan Sinar harian (3 Mei 2011) adalah statement yang salah dan surat yang diberikan adalah surat yang palsu. Itulah , sedarlah sikit awak tu exco demo , bila dah tak ikut perkembangan KUIN jangan pandai pandai buat statement dalam akhbar nanti malu jadinya. Haaaa sekarang kan dah malu ... Ok.. ok..ok mai sini saya nak terangkan kronologi apa yang berlaku di Tahfiz agar kamu tak jadi exco demo.

Pada 3 April

Satu mesyuarat Pimpinan Tertinggi KUIN telah bersidang dan minta Dekan Kuliah al Quran buat perjumpaan dengan staf tahfiz . maka hasilnya satu laporan telah dibuat.Taulan sedar tak Dekan tu orang Indon, manalahhhh dia tahu hal hal nak taip bahasa melayu, maka diminta Kamaliah (P A Rektor )taipkan.Maka munculah laporan yang Taulan dedahkan dalam blog kedahlanie (lampiran 1).

Laporan tersebut lalu di bawa oleh Jamil pada malam hari tunjukkan pada MB .

Pada 4 April

Masa ni bukankah tengah sibuk dengan persidangan DUN dan timbul isu beruk naik pokok nyior, maka berdasarkan sulat palsu tersebut MB pun keluarkan kenyataan pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan lalu keesokkan harinya keluar dalam sinar harian MB kesal pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan (lampiran 2)

Pada 5 April

Apabila keluar dalam sinar tajuk pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan pada MB maka diteliti sumbernya, rupa rupanya laporan (lampiran 1) yang diberikan oleh Dekan dan rector kepada MB adalah palsu, ini seolah olah MB telah membohongi selurah rakyat Kedah dengan gambaran pensyarah tahfiz ni jahat.

Lalu pada hari yang sama Dekan Kuliah Tahfiz terus membuat surat secara rasmi memohon maaf kepada pensyarah tahfiz dan MB kerana laporan palsu yang telah diberikannya (lampiran 3) dan dikeluarkan satu memo penafian kenyataan yang ingin keluar dari kuin adalah kenyataan daripada pensyarah tahfiz yang di tandatangani oleh Dekan Alquran itu sendiri (lampiran 4)and than terus diberikan kepada Sinar Harian dan keesokan harinya keluarlah di dalam paper sinar permohonan maaf tersebut dengan tajuknya Dekan Alquran mohon maaf (lampiran 5) Sila lihat laporan sebenar yang juga ditandatangani oleh Dekan Alquran perkara 5.Ustaz Nasir Ismail cadangkan Sekolah Insan Bestaru yang keluar dari asrama tahfiz bukan seperti didakwa mengikut taulan pada lampiran 1 memo palsu yang kata pensyarah tahfiz yang nak keluar dari kuin. (lampiran 6).

Saya nasihatkan Taulan sebagai senior YB dalam Kerajaan Kedah, jangan cuba nak tunjuk hero dengan keluar statement dalam akhbar kalau tak study dan tak ada bukti dan tak pernah langsung turun padang di KUIN. Benarlah kata budak2 MPM dalam akhbar Sinar 6 April 2011 “bertajuk Pelajar Mahu MB turun padang, dakwaan dalang sebalik demo tidak benar”. (lampiran 7)

Jadi saya telah jawab semua tuduhan fitnah oleh Taulan dalam Sinar Harian hari ini (3 Mei 2011) yang menyatakan isu tahfiz telah dimanipulasikan. Harap Taulan boleh sedar, kalau nak fight bagi lah ada bukti kukuh sikit......

Saya pun tak cadang nak keluarkan dan siarkan semua dokumen ni, tetapi bila exco boleh keluarkan dokumen di blog, so kami kenalah bela diri, tak kan nak diam ja... Saya tunggu jawapan dari Taulan......

Yang Berhormat Taulan saya ada satu lagi dokumen dan bukti yang MB kata tak ada pekeliling atau surat yang mengusir pelajar tahfiz dari asrama tahfiz untuk penempatan Sekolah Bestary, sebenarnya ada memo rasmi KUIN suruh pelajar kosongkan dan pindahkan pelajardari asrama untuk tujuan penempatan Sekolah Bestery... kalau Taulan nak saya nak postkan dalam facebook nieeee.... Kalau benar dakwaan saya maksudnya MB telah berbohong dengan semua rakyat Kedah. Nak tak.,,?


Sekian, Salam Desakan Jamil Letak JAwatan.


(kalau gambar tak jelas sila klik pada my photos http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.181798198537503.63682.100001219737501)



-Presiden GPMS-

DEMO VS ARAK DAN KHALWAT

by Gpms Kuin on Wednesday, April 27, 2011 at 12:32pm ·

Pada 1 April 2011 sekumpulan pelajar tahfiz telah mengadakan demo menuntut hak mereka bangunan tahfiz dikembalikan dari dirampas Sekolah Insan Bestary, maka atas arahan Menteri yang Paling Besar iaitu Menteri Besar pun keluar arahan suruh siasat dan ambil tindakan kepada pelajar termasuk tok-tok guru tahfiz, maka Jamil jadilah beruk penyiasat.

Namun persoalannya :

ADILKAH JAMIL :Tat kala suatu hari Pengetua asrama datang bertemu beliau di biliknya pej rector memaklumkan bahawa kebiadapan pelajar warga asing khususnya Somalia yang bukan sekadar lompat pagar asrama di tengah malam bahkan minum arak dan membuang botol arak di merata rata tempat. Pengetua asrama telah pun cuba menyelesaikan perkara tersebut di pringkat asrama namun tiada penyelesaian , so bawalah perkara ini kepada Jamil , supaya nanti Jamil tak kata ‘Awat Hang Pa tak Habaq kat aku,kalau tak puas hati habaq kat aku dulu, jangan terus buat demoooo”. Malang tidak berbau, sudah lah jatuh di timpa tangga dihempap pula si pasu bunga sampai mulut ternganga nganga. Jamil langsung tak ada sensitive bahawa arak itu haram, dan pelajarnya sedang buat mungkar dalam Universiti Islam, wajib kena tegah. Jamil hanya kata :’ Ustaz pengetua mereka datang jauhhhh, kita jangann ambil tindakan pada mereka , kita kena nasihat dan kaunseling mereka, insya Allah mereka akan berubah” ADILKAH JAMIL dalam masalah demo ini seorang pelajar dan staf tahfiz pun Jamil tak panggil jumpa nasihat atau kaunseling, yang pasti Jamil bertekad untuk ambil tindkan disiplin. Mana yang lebih HARAM antara DEMONSTRASI atau ARAK. Muungkin inilah Islamisasi yang nak di bawa Jamil di KUIN.

ADILKAH JAMIL : Seorang budak KUIN warga Afrika melompat masuk di rumah janda di flat berdekatan Asrama Gemilang, Apa tindakan Jamil buat dekat budak tu... asyik asyikkkkk kaunseling... nasihat .. tu yang budak Afrika naik lemak.. Tak kan nak tunggu ANAK HARAM beranak di KUIN , masuk Sinar dan Metro baru nak bertindak kott. Yang budak tahfiz hafaz Quran ambil tindakan sampai nak tendang tahfiz keluar dari KUIN.

ADILKAH JAMIL : Seorang pelajar KUIN yang mengambil jurusan Multimedia di Sg Petani ditanggap khalwat pada siang hari bulan Ramadhan oleh penduduk setempat. Namun jika tak percaya pergi chek di HEP apa tindakan tatatertib yang diambil kepada pelajar tersebut, siasat pun tidak.... lepas tu kira ampun macam itu sahaja... siapa Tuhan yang Maha Besar wahai Jamil yang nak ampun begitu sahaja. KHALWAT tu jelas haram tapi DEMO yang tak haram , kenapa ambil prosiding tindakan tatatertib. Inilah Jamil yang bakal menobatkan Kerajaan yang melaksanakan hokum Islam tapi Jamil telah berdosa kepada seluruh rakyat Kedah kerana menidakkan amar ma’ruf nahi mungkar.

ADILKAH JAMIL : Semasa lawatan pelajar KUIN jurusan multimedia ke KL seorang staf menegur pelajar-pelajar tersebut dengan sebab pergaulan dan pakaian mereka tak menggambarkan pelajar Islam. Laki perempuan tampar hang aku. Ikut suka saja macam laki bini. Disebabkan dalam rombongan tersebut ada anak kandungnya yang dia lantik jadi staf di INSAN MAYA ada sekali masa lawatan di KL tu maka staf KUIN yang menegur itu pulak kena marah, dikatakan suka buat fitnah... Amboiiiii cantek muka hang jamil noooo... time anak kamu ada semua halal walaupun Islam haram, Saya boleh dedah persenaliti anak awak tu sebelum datang KUIN macamana pakai dan tindik telinga dia , tapi saya pun tak suka aibkan orang tanpa sebab. So mana lebih haram antara PERGAULAN BEBAS dan DEMO?

Anda boleh lah fikir sendiri apa yang saya tulis ini. Saya tegaskan bahawa GMPS tidak akan berkata dan mencoret melainkan perkara yang benar dan jauh darii fitnah.

Apa yang penting slogan kita jelas :

JAMIL MESTI BERAMBUS DARI KUIN
JAMIL MESTI LETAK JAWATAN
JAMIL MESTI DITENDANG KELUAR DARI KUIN.

-Presiden GPMS-