Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)

Jumat

“LIFE” 2011 BERTUKAR “DEATH” :Majlis terburuk menutup tirai 2011, satu analisa

by Gpms Kuin on Monday, October 31, 2011 at 11:38pm ·

31 Oktober 2011,Langkawi – Langkawi Islamic Finance and Economics (LIFE) 2011 sudah dijangka oleh kebanyakan staf KUIN sebelum berlangsungnya pada 29 – 31 Oktober 2011,akan menjadi program yang caca merba dan kucar kacir. Jangkaan ini adalah berdasarkan prestasi keseluruhan program yang grand yang telah berlangsung di KUIN sepanjang 2011 yang banyak mendapat kritikan daripada staf dalaman mahupun pemerhati luar , antaranya Majlis Pendaftaran Pelajar Baru pada bulan jun yang dicemarkan dengan penglibatan politik unit amal PAS , Majlis Konvokesyen Asasi pada bulan September,Majlis Anugerah pelajar Cemerlang SPM , STPM dan STAM pada bulan September dan Majlis Konvokesyen pada 6 Oktober.

Kesemua kecelaruan program mega ini menunjukkan pengendalian KUIN dibawah kendalian Jamil sebagai Rektor terdapat sesuatu yang perlu dilakukan reformasi. Adakah ia berlaku kerana pegawai yang tidak cekap, atau kerana persiapan yang kurang bersedia, atau menganjurkan program tanpa mengukur kemampuan kewangan Insaniah, atau ia merupakan boikoott daripada staf dalaman kepada jamil, atau Jamil sengaja atau bermacam macam kemunugkinan.

Terbaru penganjuran LIFE langkawi sekali lagi membuka pekung kelemahan kepimpinan Jamil. Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut , Jamil mendapat kritikan yang amat amat hebat bukan sahaja daripada peserta dan urusetia dalaman, bahkan termasuklah ketua ketua jabatan dan pengurusan protocol daripada wisma darulaman.

Kecelaruan yang berlaku pada LiFE adalah kerana :

Sikap Jamil yang suka buat perubahan tanpa mengikut kaedah protocol di saat saat akhir. So kalau buat apa apa program pun dengan persiapan awal tetapi jika di saat akhir suka sangat buat perubahan yang bukan bukan , tak guna persiapan awal.

Insaniah tak ada duit , terpaksa hadkan petugas LIFE dan special konvo. Akibatnya tenaga kerja amat tidak mencukupi sepanjang majlis berjalan. Nasihat buat Jamil, jika nak pakai baju tu biar ukur badan sendiri, kalau tak ada duit buat macam tak ada duit ja lah, tak perlulah nak grand grand menunjuk pada orang hingga caca merba
Kelewatan booking hotel yang mengakibatkan kos penginapan urusetia dan peserta terpaksa meningkat kerana hotel yang rate murah/ sederhana kehabisan dek kerana tidak confirm dalm booking.

Kegagalan promosi bagi menarik minat orang ramai menyertai LIFE.Peserta yang betul betul peserta hanya tak sampai 3 baris , yang lain semua pelajar master dan Phd dan pensyarah Insaniah.PRESIDEN GPMS NAK CADANGKAN SUPAYA KITA BUAT KURSUS GRAND KAT LANGKAWI KEPADA SEMUA STAF KUIN LEBIH BERBALOI BERBELANJA DARIPADA APA YANG SEDANG BERJALAN SEKARANG.

Jamil buat agenda majlis sendiri sehingga tidak sedikit pun memaklumkan kepada pihak protocol wisma dengan menyampaikan hadiah dan MoU pada KDYMM Tuanku yang tidak ada dalam tentative. Ini menampakkan seolah olah Insaniah seperti tak pernah buat program dan Insaniah seperti buat program tak pandai protocol.Sehingga pegwai protocol wisma buat terguran sinis dan pedih terhadap pengurusan majlis Insaniah pada malam tersebut.

Program buat konon peringkat antarabangsa tetapi tak penuh dewan pun, kerusi banyak yang kosong.banyak yang lompong.

Makan di hotel tak pun ikut menu food testing, Sah sia sia saja duit Insaniah yang digunakan untuk makan food testing ke Langkawi oleh rombongan seramai separuh bas insaniah.Sila rujuk video saya dalam fb saya (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001219737501#!/video/video.php?v=248812328502756 )

Banyak lagi yang saya tak sempat nak sebut tentang LIFE , nnti saya akan bongkarkan lagi.

Salam perjuangan daripada saya : Presiden GPMS

Slogan Kita Hanya Satu : jamil mesti letak jawatan.

0 komentar:

Posting Komentar