by Gpms Kuin on Tuesday, November 15, 2011 at 11:22am ·
Salam hormat kawan kawan ku,
Insaniah dari rupa luarnya nampak seperti sebuah Universiti yang hebat dari sudut pengurusannya. Ada cawangan di Sungai Petani, di Stargate, di Jalan Menara Istana Kuning, anak syarikat yang tumbuh macam cendawan, pensyarah yang ramai, Blok medic yang dihiasi mayat mayat dari Filipina, program LIFE dan lain lain.
Sebenarnya wahai kawan kawanku sekalian, sedarlah bahawa Insaniah kini mengahadapi masalah kewangan yang amat runcing. Betulkah runcing ? Meih jom kita analisis runcing atau tidak maslah kewangan Insaniah.
1. Potongan bayaran yang tak dibayar.
Cuba semua kawan kawan chek balik potongan gaji kita, walaupun dalam slip gaji kita dipotong duit pinjaman atau apa apa pembayaran termasuk KWSP , sebenarnya tak pun dibayar kepapa yang sepatutnya. KWSP tak buat potongan majikan,potongan pinjaman tak dibayar.
Ada bukti kaa brother ?
Ada lah bukti. Ramai staf yang hadapi masalah , antaranya :
- Kereta mereka nak ditarik oleh bank kerana Insanaih tidak buat pembayaran ke Bank walaupun dalam slip gaji dipotong.
- Beberapa staf hadapi masalah hendak disaman oleh mahkamah kerana tak bayar hutang rumah. Beliau terkejuut kerana menyangka Insaniah dah bayar dengan potongan gajji tapi tak bayar pun ... dalam slip gaji potong tapi sebenarnya tak bayar pun
- KWSP tidak dibayar mengikut jadual
- Hutang peribadi dikenakan amaran dan interest tertunggak tak bayar.
- Syarikat insuran tak tanggungjawab kerana Insanaih tak bayar potongan insuran staf.
2. Insan Bestari
- Bila marah tahfiz demo lalu diusir pensyarah diploma tahfiz ke Yayasan. Tapi yang peliknya letak pensyarah diploma tahfiz bawah yayasan namun bangunan bestari masih tegar tak keluar , agak agak bagaimana yaayasan islam nak urus beri pensyarah tanpa bangunan.. ooooooo ... sebenarnya Insanaih letak syarat supaya Yayasan Isalam bayar jumlah tertentu untuk langsaikan hutang insaniah dengan kontraktor...
3. Zakat
- Isu zakat pelajar yang Jamil terima daripada Sultan Kedah... isyhhhhh isyhhhh kalau student tahu cerita ini mampus Jamil..demonstrasi pulak ..... Rupanya duit zakat digunakan dahulu sebagai pendahuluan pengurusan dalaman... apa hukumnya.. tanyalah Ustaz Mohd Wan Sya’ya Zakaria. Jenuh kelentong lah pentadbiran kat student .. masalah nama lah.. masalah key in lah... masalah yang dibuat-2.
4. Gaji
- Nak bayar gaji bulan ni pun dok paras kerongkong dah sampai terpaksa minta tambahan duit kepada pejabat MB melalui MBi (Perbadanan Menteri Besar)
5. Timbunan hutang syarikat yang belum dibayar
- Berapa banyak bil bil syarikat yang berurusan dengan Insanaih yang belum dibayar. Itu belum lagi bil dari program LIFE. Itu belum lagi bil dari peguam-peguam Insaniah. Itu belum lagi bil penuh daripada Karpal Sigh.
Semua yang saya dedahkan ini membawa implikasi kepada :
- Kenaikan yuran pelajar
- Zakat pelajar lewat diagihkan
- Minta sedekah serata cerok termasuk MBi
- Reputasi buruk Insanaih dengan syarikat yang berurusan menyediakan perkhidmatan
- Keberangan staf kerana hadapi tekanan hidup dengan saman, tarik kereta, bayar interest kelewatan insaniah bayar hutang,
- Kezaliman kepada staf yang mengambil insuran nyawa atau kemalangan yang berhadapan risiko insuran tak valid kerana lewat Insaniah buat bayaran
- Pengurusan kewangan yang amat merumitkan.
Renung-renungkan artikel ini.
Slogan kita hanya satu L JAMIL MESTI BERUNDUR DARI INSANIAH
Presiden GPMS KUIN.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar