by Gpms Kuin on Thursday, November 10, 2011 at 12:35pm ·
Sungguh kagum dengan pentadbiran Jamil yang ego tak mahu kalah dengan orang yang disangkanya lemah.
Semua peminat nota GPMS, menurut maklumat yang telah tersebar luas bahawa Insaniah sepatutnya kalah dalam saman 5 orang pelajar yang digantung kerana kesalahan berdemonstrasi menegur kurapsi pentadbiran Jamil. Jamil yang rasa tindakan menggantung 5 orang pelajar tersebut dapat menakut nakutkan semua pelajar yang lain tetapi sebaliknya agak terkejut dengan keberanian pelajar menyaman Insaniah.
Tindakan pelajar ini disokong oleh majority staf Insaniah kerana menyedari bahawa dengan menggunakan kuasa pelajar sahajalah jamil dapat disingkirkan daripada Insaniah.
Fakta terbesar yang mesti diketahui umum khususnya mahasiswa Insaniah , kenapa Insaniah akan menghadapi kekalahan memalukan kes saman ini ialah :
“Undang-undang yang diambil kepada 6 orang yang kena gantung ini adalah tidak sah”
Jadi saya harapkan sesiapa pun jangan gentar dengan sebarang ugutan pihak Jamil dan kroninya untuk ambil tindakan kerana undang undang menyebelahi kita yang dianayai Jamil.
Maka dengan sebab Jamil amat sangat takut dimalukan dengan kekalahan besar dengan pelajar ini kerana menyedari kes Akta AUKU yang secara rasmi dibuat keputusan mahkamah di dalam kes pelajar UKM kerana bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, apatah lagi undang undang Insaniah, lalu Jamil dan kroninya bertungkus lumus berulang alik ke Kuala Lumpur sambil menjenguk secara free sanak saudara mereka yang menetap di sana menulis surat secara rasmi menukar peguam dan melantik KARPAL SIGH sebagai peguam Insaniah yang baru.
Persoalan dan titik perbincangan disini , kenapa KARPAL SIGH dipilih, mari kita analisis perkara ini bersama saya :
1. Adakah wajar Insaniah yang dikatakan Institut Islam mengambil orang KAFIR (bukan Islam) menjadi pembela untuk memberi syafaat menyelamatkan dan memenangkan Insaniah.
2. Tindakan mengambil Karpal Sigh ibarat sudah tidak ada sangatkah peguam peguam Islam lain yang hebat. Mana perginya perkataan “perkhidmatan halal” yang selalu diungkapkan Jamil pada hidangan hotel yang bukan sahaja halal pada makanan tetapip pada orang yang menghidang makanan. Begitu juga dalam kes ini, bukan sahaja pada undang-undang sahaja perlu halal bahkan orang yang mengendalikan kes perlu juga halal.
3. Apa justifikasinya Insaniah mengambil pemimpin tertinggi parti D.A.P Karpal Sigh sedangkan lawannya (peguam 5 orang pelajar) adalah Hanipa Maiden yang merupakan pemimpin tertinggi P.A.S
4. Adakah dengan Jamil melantik Karpal Sigh , akan merubah prinsip karpal yang selalunya hendak membela hak bersuara rakyat Malaysia.
5. Agak-agak berapa ringgit Insaniah belanjakan untuk ambil karpal seorang peguam yang terkenal, bukan berapa ringgit tetapi PULUHAN RIBU ringgit dibazirkan Jamil untuk menjaga namanya daripada dimalukan pelajar. Kesian penuntut Insaniah , kalaulah mereka tahu mungkin akan ada demo yang seterusnya kerana kebajikan mereka tak dijaga asrama, kelas , stargate, tandas, bas dan lain-lain , tiba-tiba Jamil sanggup habiskan ribuan ringgit duit Insaniah untuk menjaga maruah peribadinya.
Lebih baik Jamil guna duit itu membayar hutang LIFE Langkawi yang rugi beribu ringgit atau beri peruntukan kami tambah keselesaan di Stargate.
6. Mesyuarat mana yang bersetuju memutuskan mengambil Karpal sebagai peguam, adakah mesyuarat senat? Mesyuarat pemimpin tertinggi Insaniah? Mesyuarat lembaga Insaniah? Atau mesyuarat kroni Jamil?
7. Adakah Jamil sudah merujuk pada ulamak untuk mengambil Karpal sebagai peguam, Tok Guru mana Jamil rujuk. Adakah Us Gani Samsudin ? atau Us Gani Mekah ? atau Us Azaharudin ? atau Us Bukhary ? atau Us Firdaus PRO ? Atau Ustaz Mohd Wan Sya’ya Zakaria
8. Bila bertembung dua peguam yang besar dan terkenal di Malaysia iaitu Hanipa Maiden vs Karpal Sigh maka kes saman pelajar ini akan jadi besar dan high profile. So saya akan pastikan isu ini akan mendapat liputan diserata tempat maya dan media.
9. Adakah MB DS Azizan tak tahu yang jamil guna khidmat Karpal. Jawapannya mustahil kerana Jamil dan DS MB Kedah ibarat kekasih yang sudah tentu mereka saling bincang membincangi.
10. Jamil mungkin lebih yakin kuasa manusia lebih daripada kuasa Allah kot. Jamil lupa nak tanya Tuan guru yang ramai sangat di Insaniah apa akibat kalau yakin pada kuasa manusia melebihi kuasa Allah, atau dengan kata lain tak kanlah tak tahu doa orang yang dizalimi itu mustajab.
11. Adakah jika pihak Insaniah menang kes mahkamah ini, anugerah Dr Falsafah akan diberikan kepada mana mana peguam atau pembantu-pembantu Insaniah untuk mendapat anugerah tersebut. Atau buat konvo khas bagi anugerah “Jasa Insaniah Nevrada (JIN). Atau Insaniah akan cadangkan namanya tersebut mendapat Dato’ seperti yang Insaniah cadang nama Dr Zubaidah dan artis Kartina Aziz menggunakan kuarta pingat Insaniah pada tahun sebelum ini.
Banyak lagi kupasan saya akan lontarkan mengenai isu ini . semoga berjumpa lain hari pulak. Sori rini banyak paper .
Slogan kita hanya satu : JAMIL MESTI MELETAK JAWATAN
Sekian ,
Yang Telus Mulus,
Presiden GPMS (Gerakan Prihatin Membela Staf ) KUIN
10.11.11
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar