Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)

Jumat

USTAZAH AZLINA SOKONG USAHA PECAT REKTOR: CADANGKAN SEGERA CARI PENGGANTI

by Gpms Kuin on Saturday, February 25, 2012 at 12:53pm ·

Semua pihak nampaknya bersetuju dengan slogan GPMS KUIN untuk memecat Rektor KUIN dan memastikanya keluar dari KUIN.:

- BArisan mahasiswa perihatin Insaniah dalam kenyataan rasminya di dalam mahasiswaprihatin.blogspot.com telah menampakkan sokongan mengeluarkan Jamil kerana gagal menguruskan Insaniah dengan jayanya.

- Barisan anak muda daripada Kuala Lumpur beserta sebahagian pelajar Insanaih yang berdemo di depan wisma juga mendesak dengan kain rentang agar Rektor Insaniah meletakkan jawatan

- Semua warga Insaniah yang tidak dijaga kenajikan semua berdoa agar Jamil segera berambus dari Insaniah

- Blogger yang dah tahu perangai Jamil pun mahu Jamil berundur beserta kroninya bahkan mempunyai bukti penglibatan Jamil dan MB Kedah mengambil tindakan kepada pelajar yang kena gantung dalam http://maharajasuntzu.blogspot.com/

- Begitu juga blog yang mendedahkan kurapsi pentadbiran JAmil di dalam http://adikwak.blogspot.com/

- Terkini Ustazah Azlina yang menjadi seteru kuat Jamil juga akur dengan reality orang dah menolak Jamil apbila member cadangan kepada GPMS untuk cari ganti Jamil tanda setuju menyingkirkan Jamil dari Insaniah.

Slogan kita hanya satu :

Jamil mesti disingkirkan dari Insaniah

HADIAH MB UNTUK MAHASISWA KUIN 5 :JAMIL BAKAL SAMBUNG KONTRAKOLEH MB KEDAH LEPAS TAMAT PADA HUJUNG APRIL INI

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:32am ·

Sedar atau tidak sudah riuh dalam Insaniah berita tentang Jamil akan disambung kontraknya sebagai Rektor yang diktator ala hitler mulai bulan mei ini. Inilah hadiah yang paling berharga MB Kedah kepada semua mahasiswa yang menentang dan menolak AUKU . Ini juga tanda kekejaman AUKU akan terus mencengkam mahasiswa. Jamil adalah diktator yang ego dan tidak akan tunduk melainkan student power yang boleh menjatuhkannya. Mari semua mahasiswa selamatkan Insaniah daripada terus dinodai oleh tangan ghaib UMNO yang mengaku orang PAS. Agenda Jamil selepas ini

Yuran Pengajian Islam akan dinaikkan kepada pelajar baru

Beberapa kenaikan yuran lain akan dikenakan untuk menampung kewangan Insaniah yang sangat meruncing

Bas akan diswastakan dan pelajar kena bayar tambang

Aktiviti pelajar akan disaring dan di tapis dengan mengongkong mahasiswa menerusi HEP

Spy spy dikalangan pelajar dan staf akan dilipat gandakan

Jamil memang zalim dan harus dihukum.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS

INSAN BESTARY LAMBANG KEZALIMAN YANG TIADA MARUAH

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:09am ·

Insan bestari sebuah institusi lambang kezaliman anak syarikat Insaniah kepada pelajar tahfiz terus rakus dengan tiada maruah menggunakan laman web Insanaih sebagai tempat promosi aktiviti. Dimana laman web mereka sendiri, dimana tempat sendiri hingga kursus pun buat dalam kampus Insaniah yang dirampas Insan Medic... zalim..zalim

Dulu kata nak keluar,, sampai sekarang tak keluar keluar dari bangunan tahfiz... cakap tak serupa bikin.... dah lah tak keluar dari bangunan tahfiz , duit renovation bangunan pun paksa Yayasan Islam bayar.. alahaiiii Jamil... undang undang apa yang kau guna....Ingat !!!! doa pelajar tahfiz yang dizalimi tu maqbul.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS

INSANIAH HOLDING PUNCA INSANIAH TENAT BAYAR GAJI BULAN 11 DAN 12, BONUS HINGGA SEKARANG BELUM BAYAR.

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:09am ·

Krisis kewangan insaniah yang meruncing menyebabkan proses pembayaran gaji semua kakitangan Insanaih bagi bulan November dan disember kucar kacir.

Bagi pembayaran gaji bulan November , Insaniah terpaksa melutut meminta sedekah pinjam duit kepada Perbadanan Menteri Besar untuk memastikan gaji staf Insaniah dan Insaniah Holding sebanyak satu juta ringgit. Itu pun pembayar terpaksa dibuat 2 peringkat, peringkat pertama gred 45 ke bawah dan peringakat kedua dibayar gaji lambat bagi gred 45 keatas

Bagi gaji bulan disember keadaan semakin parah apabila Timb rector sendiri terpaksa memujuk PTPTN agar memberI pembiayaan pelajar lebih awal bagi memastikan duit PTPTN pelajar yang dapat membolehkan gaji bulan disember dibayar, namun usaha pemujukan PTPTN gagal kerana keputusan peperiksaan pelajar gagal diberikan pada PTPTN pada tempoh yang sepatutnya. So gaji juga dibayar dua peringkat.

Dan sehingga artikel ini dipost kan dalam fb, Insanaih menghadapi masalah kewangan yang tidak cukup untuk membayar bonus kakitangannya apatah lagi Jamil suruh bayar jugak bonus kepada staf Insaniah Holdings. Jamil lupa tujuan kerajaan bagi bonus adalah untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun dan persekolahan anak-anak penjawat kerajaan...... apa kaitan bonus dengan anak syarikat?

Sedar atau tidak 700k peruntukan untuk membayar gaji kepada Insaniah Holdings sebaliknya hanya 300k lebih sahaja untuk gaji kakitanagn Insaniah.

Senario ini menggambarkan system pengurusan kewangan Insaniah yang teramat sangat teruk sehingga kena melutut untuk dapatkan duit . Persoalannya kenapa jadi begini?

Jawapannya TSUNAMI ANAK SYARIKAT INSANIAH.

Jamil yang kononnya dikatakan pakar ekonomi telh melingkupkan Insnaiah dengan mewujudkan anak syarikat yang tak langsung berniaga , dan membelanjakan duit Insaniah untuk anak syarikat.

Kewujudan anak syarikat hanyalah untuk memastikan Jamil menjamu tembolok kroninya dengan member gaji langsung tidk mengikut skim Kerajaan . Jamil zalim ... Jamil zalim....

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS KUIN

ISU AUKU : KEBANGKITAN SUARA MAHASISWA AKAN JATUHKAN JAMIL

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:01am ·

Isu Insaniah menjadi isu bualan nasional pada ketika ini kerana kesalahn MB Kedah mengeluarkan kenyataan media dengan menyokong tindakan Jamil mengambil tindakan AUKU kepada 6 mahasiswa Insaniah hanya kerana :

Berdemonstrasi menyuarakan penentangan terhadap penempatan sekolan Insan Bestari (milik Insaniah Holding yang dimiliki oleh kroni Jamil) di bangunan tahfiz

Memberi ucapan menggunakan healer

Membuat penyataan media agar MB Kedah turun padang selesaikan kemelut

Didakwa menggangu ketenteraman awam sebaik sahaja selesai solat jumaat.

AUKU adalah akta yang memang ditentang oleh semua parti pakatan rakyat. Apa peduli Jamil bukan orang PAS. Jamil orang UMNO yang berselindung disebalik MB Kedah.

Ramai yang kata undang-undang yangdikenakan pada pelajar bukannya AUKU kerana Insanaih bukannya IPTA tetapi IPTS. Sebenarnya sama saja , kandungan didalam kaedah tatatertib Insaniah 2007 adalah copy sebiji dengan AUKU Cuma nama sahaj tukar , letak nama Insaniah dan ..... so ..... sama jelah. Kita tak hokum pada nama tapi pada kandungan yang sebiji dengan kezaliman AUKU.

Karpal Sigh menjadi peguam Insaniah lawan dengan Hanipa Maiden (peguam 5 orang pelajar yang kena tindakan). Insaniah sanggup bayar duit guaman sebanyak lebih kurang RM 80 ribu kepada KArpal Sigh sedangkan hingga kini staf Insaniah tengah mendesak membayar bonus yang sepatutnya dibayar pada bulan Disember. Jamil sudah hilang akal dan nyanyok...... Jamil lebih membesarkan Karpal Sigh daripada kebajikan staf Insaniah...... Atau jamil menggunakan duit pelajar untuk membayar wang guaman kepada karpal Sigh..... mahasiswa terus dianiaya. Lebih baik duit digunakan untuk memperbaiki kemudahan di Stargate yang macam tongkang pecah..... mahasiswa terus dianiaya...... Lebih baik duit digunakan untuk upgrade surau di Stargate daripada sumbang kepada bukan Islam..... mahasiswa terus dianiaya.

Jamil arahkan staf bawahannya ... pastikan Dialog anak muda tidak dapat diadakan di dalam kawasan Insaniah.....Anak Muda akan terus mendesak melihat kerakusan Jamil anti mahasiswa.

Jamil terus mengukuhkan cengkamannya kepada mahasiswa dengan mempetaruhkan agamawan dihadapannya...... agamawan ustaz-ustaz dan ustazah ustazah dijadikan perisai untuk menyelamatkan kerjayanya sebagai dictator university ala hitler....... mahasiswa terus dianiaya......... Front utama di hep diletakkan ustaz dan ustazah dengan harapan mematikan gerakan pelajar............... mahasiswa terus dianiaya...... Us Gani Khidmat komuniti pun juga digunakan semasa hendak meleraikan demo himpunan aman atas nama persatuan ulama’..... Awasa golongan agama jangan terpedaya dengan taktik kotor Jamil.... jangan sampai anda di kambing hitamkan oleh Jamil yang hanya pandai mengkayakan tembolok kroninya sahaja.

Ingat Jamil..... mungkin kami susah nak jatuhkan kamu kerana Jamil seperti kekasih di sisi MB Kedah . Tetapi ingatkah Jamil sejarah dunia bahawa seseorang pemimpin itu akan dijatuhkan oleh mahasiswa...... Sekarang mahasiswa sudah bangkit melihat kezaliman Jamil.... desakan politik dan badan bukan kerajaan serta orang perseorangan telah berleluasa ..... Jamil mula gentar.....Jamil mula lari dari mengangkat telefon dari Media massa ..... Ingat jamil........ Mahasiswa sudah bangkit.....mahasiswa akan desak Jamil letak jawatan.... Tunggulah masanya anda akan dihukum sesuai dengan sikap dictator yang anda telah lakukan.... Jamil bukan sahaja menzalimi mahasiswa tetapi Jamil juga telah menzalimi staf Insaniah.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS KUIN

SIDANG DUN KEDAH : REKTOR LARI , MB KENA JAWAB

by Gpms Kuin on Thursday, November 17, 2011 at 11:05am ·

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung 15 hingga 20 November menyaksikan Insaniah diganyang sehingga MB Kedah terpaksa keluar seketika dan terus telefon Rektor yang tidak hadir sidang DUN. Selepas Jamil dimarahi MB Jamil terus telefon Pak Ya Man (Timb Rektor) yang juga tak hadir sidang dewan. Alahai penakut juga dia orang ni. Dah tahu buat salah , nak kena ganyang semua lari tak hadir sidang dewan.Jamil ke Pahang tapi yang si Pak Ya Man ada di Insaniah pun tak pergi DUN… Oooo mungkin Pak Ya Man buat alasan sibuk meting,program kuin atau ada tetamu kononnya.. alleeeehhh buat alasan konon, yang pergi jumpa peguam Insaniah (kes guna khidmat Karpal Sigh untuk lawan 5 pelajar digantung) di Pulau Pinang hari Ahad baru ni boleh pulak… tak pulak buat alasan sibuk.

Antara perkara yang Insaniah kena ganyang :

- Kuliah Kejuruteraan dalam bidang degree kejuruteraan elektronik dan computer yang masing masing hanya ada 6 dan 1 orang student sahaja sedangkan perbelanjaan pensyarah, kemudahan dan lab yang tinggi.sanagat tak releven (macam tu juga medic student tak masuk lagi pensyarah dah berates ribu habis sebulan, student pun belum tentu datang)

- Masalah dalaman pentadbiran dan kewangan yang kurapsi yang telah diketahui oleh semua orang yang tidak boleh disembunyikan Insaniah.

- Sistem pengurusan dan perbelanjaan yang dilaksanakan tanpa ada sekatan… maksudnya berlaku pembaziran laaaaa

- Kelentong sidang dewan apabila MB membentangkan bilanagn pelajar Mutimedia ada 1600 lebih …. Issyyyyhhhh ,,.untuk makluman pembaca pelajar multimidea yang sebenar ada lebih kurang antara 250 – 350 sahaja…..

- Pengurusan anak syarikat yang membebankan Kerajaan.

- Banyak lagi lah…..

Semua perkara di atas dibangkitkan oleh YB Dato Mahadir Khalid.

Rasanya mahadir Khalid perlu tahu tentang isu Karpal Sigh yang diambil Insaniah sebagai peguam Insaniah dengan bayaran hamir-hampir RM 80,000.00

Kebanyakan pembesar yang mengetahui kes kes Insaniah senyum sahaja kerana mereka sudah mengetahui gelagat Jamil dan kuncu kuncunya di Insaniah termasuk YB-YB pakatan dan pembangkang.

Kesimpulannya jika Kerajaan sekarang mahu selamat tolong singkirkan Jamil , kami warga Insaniah dah meluat sangat dengan Jamil yang guna kuasa untuk jaga namanya bukan nama Insaniah.

(perkembangan terkini DUN yang ada kaitan dengan Insaniah saya akan laporkan dari masa ke semasa)

Slogan kita hanya satu : Singkirkan Jamil dari Insaniah, nescaya Insaniah kembali aman dan sejahtera.

Ikhlas dari : Presiden GPMS KUIN

KRISIS KEWANGAN INSANIAH MERUNCING

by Gpms Kuin on Tuesday, November 15, 2011 at 11:22am ·

Salam hormat kawan kawan ku,

Insaniah dari rupa luarnya nampak seperti sebuah Universiti yang hebat dari sudut pengurusannya. Ada cawangan di Sungai Petani, di Stargate, di Jalan Menara Istana Kuning, anak syarikat yang tumbuh macam cendawan, pensyarah yang ramai, Blok medic yang dihiasi mayat mayat dari Filipina, program LIFE dan lain lain.

Sebenarnya wahai kawan kawanku sekalian, sedarlah bahawa Insaniah kini mengahadapi masalah kewangan yang amat runcing. Betulkah runcing ? Meih jom kita analisis runcing atau tidak maslah kewangan Insaniah.

1. Potongan bayaran yang tak dibayar.

Cuba semua kawan kawan chek balik potongan gaji kita, walaupun dalam slip gaji kita dipotong duit pinjaman atau apa apa pembayaran termasuk KWSP , sebenarnya tak pun dibayar kepapa yang sepatutnya. KWSP tak buat potongan majikan,potongan pinjaman tak dibayar.

Ada bukti kaa brother ?

Ada lah bukti. Ramai staf yang hadapi masalah , antaranya :

- Kereta mereka nak ditarik oleh bank kerana Insanaih tidak buat pembayaran ke Bank walaupun dalam slip gaji dipotong.

- Beberapa staf hadapi masalah hendak disaman oleh mahkamah kerana tak bayar hutang rumah. Beliau terkejuut kerana menyangka Insaniah dah bayar dengan potongan gajji tapi tak bayar pun ... dalam slip gaji potong tapi sebenarnya tak bayar pun

- KWSP tidak dibayar mengikut jadual

- Hutang peribadi dikenakan amaran dan interest tertunggak tak bayar.

- Syarikat insuran tak tanggungjawab kerana Insanaih tak bayar potongan insuran staf.

2. Insan Bestari

- Bila marah tahfiz demo lalu diusir pensyarah diploma tahfiz ke Yayasan. Tapi yang peliknya letak pensyarah diploma tahfiz bawah yayasan namun bangunan bestari masih tegar tak keluar , agak agak bagaimana yaayasan islam nak urus beri pensyarah tanpa bangunan.. ooooooo ... sebenarnya Insanaih letak syarat supaya Yayasan Isalam bayar jumlah tertentu untuk langsaikan hutang insaniah dengan kontraktor...


3. Zakat

- Isu zakat pelajar yang Jamil terima daripada Sultan Kedah... isyhhhhh isyhhhh kalau student tahu cerita ini mampus Jamil..demonstrasi pulak ..... Rupanya duit zakat digunakan dahulu sebagai pendahuluan pengurusan dalaman... apa hukumnya.. tanyalah Ustaz Mohd Wan Sya’ya Zakaria. Jenuh kelentong lah pentadbiran kat student .. masalah nama lah.. masalah key in lah... masalah yang dibuat-2.

4. Gaji

- Nak bayar gaji bulan ni pun dok paras kerongkong dah sampai terpaksa minta tambahan duit kepada pejabat MB melalui MBi (Perbadanan Menteri Besar)

5. Timbunan hutang syarikat yang belum dibayar

- Berapa banyak bil bil syarikat yang berurusan dengan Insanaih yang belum dibayar. Itu belum lagi bil dari program LIFE. Itu belum lagi bil dari peguam-peguam Insaniah. Itu belum lagi bil penuh daripada Karpal Sigh.



Semua yang saya dedahkan ini membawa implikasi kepada :

- Kenaikan yuran pelajar

- Zakat pelajar lewat diagihkan

- Minta sedekah serata cerok termasuk MBi

- Reputasi buruk Insanaih dengan syarikat yang berurusan menyediakan perkhidmatan

- Keberangan staf kerana hadapi tekanan hidup dengan saman, tarik kereta, bayar interest kelewatan insaniah bayar hutang,

- Kezaliman kepada staf yang mengambil insuran nyawa atau kemalangan yang berhadapan risiko insuran tak valid kerana lewat Insaniah buat bayaran

- Pengurusan kewangan yang amat merumitkan.

Renung-renungkan artikel ini.

Slogan kita hanya satu L JAMIL MESTI BERUNDUR DARI INSANIAH

Presiden GPMS KUIN.

KARPAL SIGH JADI PEGUAM KUIN : GARA-GARA TAKUT DIMALUKAN SAMAN PELAJAR

by Gpms Kuin on Thursday, November 10, 2011 at 12:35pm ·

Sungguh kagum dengan pentadbiran Jamil yang ego tak mahu kalah dengan orang yang disangkanya lemah.

Semua peminat nota GPMS, menurut maklumat yang telah tersebar luas bahawa Insaniah sepatutnya kalah dalam saman 5 orang pelajar yang digantung kerana kesalahan berdemonstrasi menegur kurapsi pentadbiran Jamil. Jamil yang rasa tindakan menggantung 5 orang pelajar tersebut dapat menakut nakutkan semua pelajar yang lain tetapi sebaliknya agak terkejut dengan keberanian pelajar menyaman Insaniah.
Tindakan pelajar ini disokong oleh majority staf Insaniah kerana menyedari bahawa dengan menggunakan kuasa pelajar sahajalah jamil dapat disingkirkan daripada Insaniah.

Fakta terbesar yang mesti diketahui umum khususnya mahasiswa Insaniah , kenapa Insaniah akan menghadapi kekalahan memalukan kes saman ini ialah :

“Undang-undang yang diambil kepada 6 orang yang kena gantung ini adalah tidak sah”

Jadi saya harapkan sesiapa pun jangan gentar dengan sebarang ugutan pihak Jamil dan kroninya untuk ambil tindakan kerana undang undang menyebelahi kita yang dianayai Jamil.

Maka dengan sebab Jamil amat sangat takut dimalukan dengan kekalahan besar dengan pelajar ini kerana menyedari kes Akta AUKU yang secara rasmi dibuat keputusan mahkamah di dalam kes pelajar UKM kerana bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, apatah lagi undang undang Insaniah, lalu Jamil dan kroninya bertungkus lumus berulang alik ke Kuala Lumpur sambil menjenguk secara free sanak saudara mereka yang menetap di sana menulis surat secara rasmi menukar peguam dan melantik KARPAL SIGH sebagai peguam Insaniah yang baru.

Persoalan dan titik perbincangan disini , kenapa KARPAL SIGH dipilih, mari kita analisis perkara ini bersama saya :

1. Adakah wajar Insaniah yang dikatakan Institut Islam mengambil orang KAFIR (bukan Islam) menjadi pembela untuk memberi syafaat menyelamatkan dan memenangkan Insaniah.

2. Tindakan mengambil Karpal Sigh ibarat sudah tidak ada sangatkah peguam peguam Islam lain yang hebat. Mana perginya perkataan “perkhidmatan halal” yang selalu diungkapkan Jamil pada hidangan hotel yang bukan sahaja halal pada makanan tetapip pada orang yang menghidang makanan. Begitu juga dalam kes ini, bukan sahaja pada undang-undang sahaja perlu halal bahkan orang yang mengendalikan kes perlu juga halal.

3. Apa justifikasinya Insaniah mengambil pemimpin tertinggi parti D.A.P Karpal Sigh sedangkan lawannya (peguam 5 orang pelajar) adalah Hanipa Maiden yang merupakan pemimpin tertinggi P.A.S

4. Adakah dengan Jamil melantik Karpal Sigh , akan merubah prinsip karpal yang selalunya hendak membela hak bersuara rakyat Malaysia.

5. Agak-agak berapa ringgit Insaniah belanjakan untuk ambil karpal seorang peguam yang terkenal, bukan berapa ringgit tetapi PULUHAN RIBU ringgit dibazirkan Jamil untuk menjaga namanya daripada dimalukan pelajar. Kesian penuntut Insaniah , kalaulah mereka tahu mungkin akan ada demo yang seterusnya kerana kebajikan mereka tak dijaga asrama, kelas , stargate, tandas, bas dan lain-lain , tiba-tiba Jamil sanggup habiskan ribuan ringgit duit Insaniah untuk menjaga maruah peribadinya.

Lebih baik Jamil guna duit itu membayar hutang LIFE Langkawi yang rugi beribu ringgit atau beri peruntukan kami tambah keselesaan di Stargate.

6. Mesyuarat mana yang bersetuju memutuskan mengambil Karpal sebagai peguam, adakah mesyuarat senat? Mesyuarat pemimpin tertinggi Insaniah? Mesyuarat lembaga Insaniah? Atau mesyuarat kroni Jamil?

7. Adakah Jamil sudah merujuk pada ulamak untuk mengambil Karpal sebagai peguam, Tok Guru mana Jamil rujuk. Adakah Us Gani Samsudin ? atau Us Gani Mekah ? atau Us Azaharudin ? atau Us Bukhary ? atau Us Firdaus PRO ? Atau Ustaz Mohd Wan Sya’ya Zakaria

8. Bila bertembung dua peguam yang besar dan terkenal di Malaysia iaitu Hanipa Maiden vs Karpal Sigh maka kes saman pelajar ini akan jadi besar dan high profile. So saya akan pastikan isu ini akan mendapat liputan diserata tempat maya dan media.

9. Adakah MB DS Azizan tak tahu yang jamil guna khidmat Karpal. Jawapannya mustahil kerana Jamil dan DS MB Kedah ibarat kekasih yang sudah tentu mereka saling bincang membincangi.

10. Jamil mungkin lebih yakin kuasa manusia lebih daripada kuasa Allah kot. Jamil lupa nak tanya Tuan guru yang ramai sangat di Insaniah apa akibat kalau yakin pada kuasa manusia melebihi kuasa Allah, atau dengan kata lain tak kanlah tak tahu doa orang yang dizalimi itu mustajab.

11. Adakah jika pihak Insaniah menang kes mahkamah ini, anugerah Dr Falsafah akan diberikan kepada mana mana peguam atau pembantu-pembantu Insaniah untuk mendapat anugerah tersebut. Atau buat konvo khas bagi anugerah “Jasa Insaniah Nevrada (JIN). Atau Insaniah akan cadangkan namanya tersebut mendapat Dato’ seperti yang Insaniah cadang nama Dr Zubaidah dan artis Kartina Aziz menggunakan kuarta pingat Insaniah pada tahun sebelum ini.

Banyak lagi kupasan saya akan lontarkan mengenai isu ini . semoga berjumpa lain hari pulak. Sori rini banyak paper .

Slogan kita hanya satu : JAMIL MESTI MELETAK JAWATAN


Sekian ,

Yang Telus Mulus,

Presiden GPMS (Gerakan Prihatin Membela Staf ) KUIN

10.11.11

JAMIL LAYAN MAYAT LEBIH DARIPADA STAF DAN PELAJAR

by Gpms Kuin on Monday, October 31, 2011 at 11:42pm ·

Jamil menyediakan sebuah bilik khas untuk hanya 10 mayat yang sudah tentu tidak bernyawa di blok D. Bukan sekadar itu sahaja malahan di sediakan hawa dingin 24 jam untuk mayat, hingga sanggup panggil TNB tukar Single Phase kepada Three Phase semata mata untuk jana elektrik untuk aircond mayat.


Namun layanan yang sama tak diberikan kepada manusia yang bukan mayat yang masih ada nyawa. Kami staf muamalat terpaksa berpanas dengan hanya dibekalkan aircond yang economic, mungkin konon nak jimat electric la kot. Tapi mayat yang tak ada nyawa tak jimat pun. Dah lah bilik pensyarah yang langsung tak selesa berbanding bilik mayat. LIFE boleh pulak buat sampai terpaksa tanggung rugi, economic????


Itu belum saya nak dedahkan asrama student di sini yang macam tongkong pecah, tandas yang terhad tapi penghuni ramai.


Pohon kongsi pengalaman anda bersama kami di stargate ...


Slogan kita Hanya satu : Jamil mesti letak jawatan

“LIFE” 2011 BERTUKAR “DEATH” :Majlis terburuk menutup tirai 2011, satu analisa

by Gpms Kuin on Monday, October 31, 2011 at 11:38pm ·

31 Oktober 2011,Langkawi – Langkawi Islamic Finance and Economics (LIFE) 2011 sudah dijangka oleh kebanyakan staf KUIN sebelum berlangsungnya pada 29 – 31 Oktober 2011,akan menjadi program yang caca merba dan kucar kacir. Jangkaan ini adalah berdasarkan prestasi keseluruhan program yang grand yang telah berlangsung di KUIN sepanjang 2011 yang banyak mendapat kritikan daripada staf dalaman mahupun pemerhati luar , antaranya Majlis Pendaftaran Pelajar Baru pada bulan jun yang dicemarkan dengan penglibatan politik unit amal PAS , Majlis Konvokesyen Asasi pada bulan September,Majlis Anugerah pelajar Cemerlang SPM , STPM dan STAM pada bulan September dan Majlis Konvokesyen pada 6 Oktober.

Kesemua kecelaruan program mega ini menunjukkan pengendalian KUIN dibawah kendalian Jamil sebagai Rektor terdapat sesuatu yang perlu dilakukan reformasi. Adakah ia berlaku kerana pegawai yang tidak cekap, atau kerana persiapan yang kurang bersedia, atau menganjurkan program tanpa mengukur kemampuan kewangan Insaniah, atau ia merupakan boikoott daripada staf dalaman kepada jamil, atau Jamil sengaja atau bermacam macam kemunugkinan.

Terbaru penganjuran LIFE langkawi sekali lagi membuka pekung kelemahan kepimpinan Jamil. Sepanjang berlangsungnya majlis tersebut , Jamil mendapat kritikan yang amat amat hebat bukan sahaja daripada peserta dan urusetia dalaman, bahkan termasuklah ketua ketua jabatan dan pengurusan protocol daripada wisma darulaman.

Kecelaruan yang berlaku pada LiFE adalah kerana :

Sikap Jamil yang suka buat perubahan tanpa mengikut kaedah protocol di saat saat akhir. So kalau buat apa apa program pun dengan persiapan awal tetapi jika di saat akhir suka sangat buat perubahan yang bukan bukan , tak guna persiapan awal.

Insaniah tak ada duit , terpaksa hadkan petugas LIFE dan special konvo. Akibatnya tenaga kerja amat tidak mencukupi sepanjang majlis berjalan. Nasihat buat Jamil, jika nak pakai baju tu biar ukur badan sendiri, kalau tak ada duit buat macam tak ada duit ja lah, tak perlulah nak grand grand menunjuk pada orang hingga caca merba
Kelewatan booking hotel yang mengakibatkan kos penginapan urusetia dan peserta terpaksa meningkat kerana hotel yang rate murah/ sederhana kehabisan dek kerana tidak confirm dalm booking.

Kegagalan promosi bagi menarik minat orang ramai menyertai LIFE.Peserta yang betul betul peserta hanya tak sampai 3 baris , yang lain semua pelajar master dan Phd dan pensyarah Insaniah.PRESIDEN GPMS NAK CADANGKAN SUPAYA KITA BUAT KURSUS GRAND KAT LANGKAWI KEPADA SEMUA STAF KUIN LEBIH BERBALOI BERBELANJA DARIPADA APA YANG SEDANG BERJALAN SEKARANG.

Jamil buat agenda majlis sendiri sehingga tidak sedikit pun memaklumkan kepada pihak protocol wisma dengan menyampaikan hadiah dan MoU pada KDYMM Tuanku yang tidak ada dalam tentative. Ini menampakkan seolah olah Insaniah seperti tak pernah buat program dan Insaniah seperti buat program tak pandai protocol.Sehingga pegwai protocol wisma buat terguran sinis dan pedih terhadap pengurusan majlis Insaniah pada malam tersebut.

Program buat konon peringkat antarabangsa tetapi tak penuh dewan pun, kerusi banyak yang kosong.banyak yang lompong.

Makan di hotel tak pun ikut menu food testing, Sah sia sia saja duit Insaniah yang digunakan untuk makan food testing ke Langkawi oleh rombongan seramai separuh bas insaniah.Sila rujuk video saya dalam fb saya (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001219737501#!/video/video.php?v=248812328502756 )

Banyak lagi yang saya tak sempat nak sebut tentang LIFE , nnti saya akan bongkarkan lagi.

Salam perjuangan daripada saya : Presiden GPMS

Slogan Kita Hanya Satu : jamil mesti letak jawatan.

KONVO KUIN KE13 : HILANGNYA IDENTITI SEBUAH IPT ISLAM

by Gpms Kuin on Thursday, October 20, 2011 at 10:06pm ·

Sedih sungguh melihat konvokesyen pada tahun ini. Kesedihan bukan pada istiadatnya, bukan pada lakaran tasik di pentasnya bahkan pada konsep konvo yang meminggirkan teras dan identiti kuin yang diasaskan ulamak yang lalu. Buktinya :

1. Didalam buku konvo tiada langsung identiti kuin sebagai IPT yang berteraskan ilmu agama . Cuba pembaca dapatkan buku konvo, tiada langsung tulisan arab atau jawi . Kalau dulu itulah bezanya kuin dengan IPT lain, tapi sekarang bermegah dengan bahasa orang putih. Ini membuktikan Jamil sudah mula untuk melenyapkan perlahan lahan identiti kuin .Sebab itulah dalam ucapan Jamil dia banyak besarkan perkembangan Medic, Kaunseling, Perbankan.... mana pengajian Islam. manaaaaa?????????

2. Dalam istiadat konvo tahun ini cina yang tak pakai tudung masuk selamba rock ja... sekurang kurangnya pakailah selendang tanda hormat.Jamil apa pun tiada terkata.

3. Konsep design konvo membuktikan Jamil memberikan penekanan pembangunan fizikal daripada agama dan sahsiah. Apa yang dilakukan untuk student selain hanya berbangga dengan perahu panjang sahaj. Pelajar multimedia sungai petani dah tak ada identiti KUIN. Kalau nak cerita kes cekup dan tangkap ni banyak lah, tak perlulah saya nak aibkan disini.

Pandangan ikhlas daripada : Presiden Gerakan Prihatin Membela Staf KUIN (GPMS KUIN)

PENSYARAH DIPLOMA TAHFIZ SENTIASA SOLAT HAJAT UNTUK JAMIL

by Gpms Kuin on Thursday, October 20, 2011 at 1:46pm ·

Salam perjuangan kepada semua rakan yang inginkan Jamil keluar dari KUIN,

Al fatihah kita hadiahkan kepada rakan seperjuangan kita, Almarhumah Rozaiha yang telah meninggalkan kita buat selama lamanya . Sepanjang pengalaman lampau saya pernah bekerja dengannya , beliau sangat tegas dengan polisi dalam KUIN dan berani menegakkan kebenaran. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang soleh.

Sepatutnya Jamil kena ambil pengajaran dengan apa yang berlaku , siapa yang banyak berdoa, tahlil dan baca yasin untuk Almarhumah, kalu bukan ustaz kadri dan pensyarah diploma tahfiz yang mengepalai majlis tersebut, Kalaulah perkara yang sama berlaku pada Jamil, adakah semua pensyarah diploma tahfiz akan berdoa dan mengepalai .... Jamil jangan buat zalim pada pensyarah diploma tahfiz dengan tendang keluar mereka dari kuin.. zalim sungguh Jamil, dah lah tendang keluar pensyarah diploma tahfiz... kemudian bela adik angkat dia pulak yang indon .. nanti saya akan bongkarkan salah guna kuasa dekan tahfiz menggunakan kuasa untuk kepentingan perniagaan sendiri dan syarikatnya sendiri.

Jamil pecat us Idrus kerana didakwa kononnya mengeluarkan kenyataan awam tanpa kebenaran, tetapi kenapa bila Azharudin keluar kenyataan awam yang menjatuhkan maruah MB langsung tiada tindakan sekurang2nya surat amaran,................. sahlah ini adalah kerana Azharudin adalah adik angkatnya ........ Walaupun semua orang komplen Azharudin langsung tak pandai mentadbir, tapi Jamil masih dok bela Azharudin , Kalau orang lain tak pandai tadbir dikutuknya Jamil dan ada yang dibuang... zalim zalim zalim dan kronisme.

Bila buat zalim pada huffaz nantikan akibatnya, dengarnya semua pensyarah diploma tahfiz sentiasa solat hajat dan berdoa untuk Jamil.Kita tunggu aja balasannya kita serah pada Allah.

Salam hormat : Presiden GPMS KUIN.

BILA MEMERINTAH SAMA DENGAN BN

by Gpms Kuin on Wednesday, June 8, 2011 at 12:56pm ·

Masa PAS menjadi pembangkang buat demo merata tempat, bila ahli PAS kena ambil tindakan (tangkap) tuduh Kerajaan (BN) zalim . Bila PAS memerintah, rakyat (Pelajar KUIN) Kedah tegur Kerajaan Kedah dengan demo MB Kedah pula ambil tindakan. Adilkah , teluskah , atau Azizan Razak memang jenis prongos/gedebe , jenis suka tengking dan marah. Kalau tak tahan marah jangan jadi MB, baik jadi pembangkang supaya sentiasa boleh hentam orang bila orang buat salah,

KERANA HANYA “SEORANG ITU“ KUIN PORAK PERANDA

by Gpms Kuin on Wednesday, June 8, 2011 at 12:11pm ·

Punca masalah di KUIN hanyalah kerana seorang itu.

- Seorang itulah yang menjadikan KUIN porak peranda.

- Seorang itu telah menyebabkan FD KUIN cair tiada langsung dalam bank.

- Seorang itu menyebabkan 6 pelajar yang hanya menegur Rektor, mereka terus dihukum menurut AUKU.

- Seorang itu telah memasukkan kawan dan kroninya bermaharajalela di KUIN. Seorang itu telah memecahbelahkan perpaduan KUIN yang dahulunya cukup sejahtera.

- Seorang itu telah mengabaikan kebajikan pelajar dan staf .

- Seorang itu telah menyebabkan wujudnya budaya demonstrasi yang tak pernah ada sebelum ini.

- Seorang itu telah mencalarkan nama baik Kerajaan negeri dan MB Kedah dengan membiarkan MB terkontang kating menjawab soalan media tetapi seorang itu penakut dengan Media.

- Seorang itu telah melagakan student dan Kerajaan serta melagakan tahfiz dan Kerajaan.

- Seorang itu telah memburukkan nama persatuan mahasiswa.

- Seorang itu menghancurkan sahsiah akhlak pelajar KUIN.

Seorang itu ialah Jamil .

Oleh itu seorang itu mesti meninggalkan KUIN bagi memastikan KUIN terus sejahtera.

Seorang itu letaklah jawatan sebelum desakan akan lebih ketara untuk memastikan seorang itu keluar dari KUIN.

Slogan kita hanya satu ... Jamil mesti meletak jawatan dan terus meninggalkan KUIN.

-Presiden GPMS-

SALAH GUNA KENDERAAN KUIN OLEH PIHAK UNIT AMAL PAS

by Gpms Kuin on Monday, June 6, 2011 at 4:39pm ·

KUIN cuba mempolitikkan MSR dengan melibatkan Unit Amal PAS dalam MSR. Itu tak pa boleh tahan lagi, bahkan Unit Amal PAS boleh memandu kenderaan rasmi KUIN (WAJA) , kita minta PSM/Bendahari beri penjelasan adakah PSM/Bendahari membenarkan bukan pegawai atau pemandu KUIN bahkan orang politik naik kenderaan rasmi KUIN. Ini sudah masuk menyalahguna kuasa.

Bukan sekadar naik kenderaan KUIN bahkan digunakan untuk mengangkut muatan air mineral, letak sampai penuh bahagian belakang, tak cukup letak bahagian depan, tak cukup letak atas bonet, woiiiii tak kan tak tahu boleh patah spring kereta. Tuan PRO mesti dipertanggungjawabkan . Jangan campur aduk PAS dalam MSR. GPMS dalam artikelnya tiada stu pun fitnah, kalau tak percaya saksikan video yang dihantarkan dalam inbox FB GPMS.

-Presiden GPMS-

PENGLIBATAN UNIT AMAL PAS SANGKAL DAKWAAN MB, KUIN BUKAN MILIK PAS

by Gpms Kuin on Monday, June 6, 2011 at 4:35pm ·

Pada mei yang lalu bertempat di Pekan Rabu, ketika MB Kedah diasak Media mengenai isu sebahagian pelajar yang menghantar memorandum agar TGH Abdul HAdi Awang menegur MB khususnya mengenai isu pelajar KUIN dikenakan tindakan AUKU, MB menyangkal dengan mengatakan KUIN bukan hak PAS , KUIN hak Kerajaan Negeri, PAS tak ada hak masuk campur.

Namun pada pagi ini (6.6.11) telah membuktikan apa yang dikatakan MB hanyalah kenyataan politik menyelamatkan Jamil sahaja. Buktinya saya dan jawatankuasa GPMS amat terkejut apabila mendapati Unit Amal PAS dengan pakaian rasmi mereka mengawal keadaan lalulintas ketika kedatangan para pelajar baru ke KUIN. Selain itu semua Pemuda PAS kawasan juga diarahkan untuk stand by bantu majlis pendaftaran pelajar baru.

JAmil akan menggunakan PRO yang baru yang berjawatan sebagai Timb Ketua Pemuda PAS Pokok Sena untuk membersihkan namanya sekurang kurangnya di kalangan ahli PAS dan akan memburuk burukkan nama Persatuan Perwakilan Pelajar Insaniah dengan fitnah boikot, fitnah tak beri kerjasama , fitnah tak mahu bantu pentadbiran.

Bila Jamil hantar geng pemuda PAS untuk bantu beliau , sah sah lah geng PAS akan rasa Insaniah ni teruk sungguh. Oiiii Jamil kalau professional nanti second intake kita ambil putera UMNO pulak jadi urusetia kawal lalulintas, barulah betul apa yang MB kata KUIN bukan milik PAS . PAS boleh masuk dan UMNO pun boleh jugak, tak salah DAP pun nak joint jugak

Jadi sahlah sebenarnya Presiden PAS memang berhak menegur KUIN kerana suka atau tidak Jamil kena akur bahawa KUIN ada kaitan dengan PAS , Cuma Jamil berselindung disebalik MB supaya orang tak kata dia orang UMNO yang baru saja isi borang jadi ahli PAS apad 2008.

Slogan kita hanya satu ... Jamil mesti meletak jawatan dan terus meninggalkan KUIN.

-Presiden GPMS-

OBIA DENGAN DEMO JAMIL ARAH TIADA KAN TAKLIMAT WARIS

by Gpms Kuin on Monday, June 6, 2011 at 4:32pm ·

Hari ini dalam sejarah, semenjak KUIN ditubuhkan samada atas nama Institut Insaniah pada 1995 atau Kolej Universiti Insaniah apabila tibanya hari pendaftaran pelajar baru pasti waris akan ternantikan majlis taklimat Insaniah bersama waris. Namun hari ini (6.6.11) tatkala pelajar baru mendaftarkan diri sebagai siswa KUIN takllimat tersebut ditiadakan , Jamil memang penakut ... penakut ....penakut. takut bukan pada yang sepatutnya ditakuti tetapi kepada bayang-bayang sendiri. Jamil cuba memburuk burukkan MPM dengan dakyah kemungkinan akan ada demo kali ketiga atau akan ada perancangan untuk memburuk-burukkannya ketika taklimat waris disampaikan..

Alahai Jamil inilah fobia namanya. Orang bersalah sahaja akan takut pada bayang diri sendiri. Kalau tak bersalah kenapa takut.. Kenapa takut dengan waris. Mungkin Jamil akan kata “saya sengaja tak buat sebab takut budak demo akan memburukkan nama MB dan Kerajaan Negeri. Aiiik banyak lah alasan wahai jamil, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau Jamil nak adakan taklimat waris boleh ja tapi dahh takut , so buat buat lah sibuk baru pulang dari Bangkok.

Semua staf boleh nilai beginilah sikap pemimpin kita di KUIN. Pandai ambik tindakan AUKU pada student , pandailah tanggung risikonya.

So dengan ketidak tanggunjawaban Jamil terhadap pelajar baru, Jamil memang perlu letak semua jawatannya di KUIN.

Slogan kita hanya satu ... Jamil mesti meletak jawatan dan terus meninggalkan KUIN.

-Presiden GPMS-

SINGKIR JAMIL AKAN SELESAI KEMELUT DALAMAN KUIN

by Gpms Kuin on Sunday, May 29, 2011 at 4:53pm ·

Isu tindakan undang undang AUKU yang dikenakan oleh KUIN kepada 6 orang pelajarnya adalah sebahagian kecil daripada kemelut dalaman yang dihadapi kakitangan dan pelajar KUIN. Rasa tidak puas hati dengan pemerintahan ala hitler dan meminggirkan soal kebajikan warga KUIN menyebabkan lebih separuh daripada warga KUIN amat benci dan muak dengan janji manis Jamil . Ini menyebabkan :

Tercetusnya himpunan mega mahasiswa pada 11.1.11 bagi menyatakan tidak puas hati layanan yang tidak setimpal dengan kadar kenaikan yuran dalam KUIN

Demonstrasi pad 1 April oleh pelajar Huffaz Al Quran di perkarangan Asrama ARraziy

Pemecatan Ustaz Idrus Ismail daripada Timbalan Dekan Kuliah Tahfiz

Tindakan hukaman penggantungan 6 orang mahasiswa di dalam mahkamah yang penuh dengan ketidak adilan dan mematikan idelisme mahasiswa

Serangan daripada kontarktor di Pejabat Rektor kerana gagal membayar pada waktu yang dijanjikan kos pengubahsuaian RM800K kepada kontraktor yang membuat pengubahsuaian untuk dijadikan Sekolah Insan Besatry milik anak syarikat KUIN yang berstatus Hitler

Tindakan saman oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas anak syarikat KUIN kerana gagal mematuhi syarat persyarikatan terutama dalam soal akaun.

Perletakkan jawatan Cikgu Ali (Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran) dan En Fathi COO Insaniah Holding kerana tidak tahan dengan kurapsi pentadbiran.

Penyingkiran Diploma Tahfiz daripada KUIN dan diletakkan di bawah YIKED

Letupan bom molatov di Pejabat HEP dan Rektor

Komen dan kritikan semua lapisan masyarakat di atas kurapsi dan ketidak telusan pentadbiran KUIN.

Perkara di atas adalah antara masalah dalam yang perlul di fahami oleh pembaca. Saya katakan isu yang berlaku sekarang bukanlah isu antara pelajar , satf dengan MB atau rector tetapi kegagalan Rektor di dalam menjadi nakhoda KUIN. Nakhoda perlu ditukar . Apabila nakhoda di tukar kita yakin suasana di KUIN akan kembali tenang. Pengganti Jamil mestilah di kalangan latarbelakang agama, atau ulamak. Saya harap semua dapat memahami isu yang sebnar yang berlaku. Jangan kita hanya memadam api sahaj tetapi carilah dimakah punca api itu menyala. Jika tidak di cari puncanya semua orang akan saling menuding jari .

Ingat sekarang semua orang bergaduh disebabkan seorang ini sahaja. Jika tidak ada seorang ini maka KUIN akan kembalik aman seperti sedia kala.

Salam reformasi

Slogan kita hanya satu

Jamil mesti berundur dari KUIN dan melepaskan semua jawatannya di KUIN.

-Presiden Gerakan Prihatin Membela Staf KUIN (GPMS)-

JAMIL BUKAN ULAMAK , KENAPA DILANTIK JADI REKTOR?

by Gpms Kuin on Sunday, May 29, 2011 at 4:52pm ·

5 Mei , KUALA KETIL : Mb Kedah dalam ucapannya di pada majlis mempromosikan Kuala Ketil dan Jamil berkata cabaran utama MB dalam menerajui Insaniah ialah Ulamak, mereka seolah tidak memahami konsep Universiti Islam yang dibina di INSANIAH, beliau berkata dengan ayat seperti berikut :

“ cabaran pertama (menerajui Insnaiah) yang saya hadapi ialah para para ulamak di negeri Kedah , dikatakan bahawa insaniah untuk Syariah (sahaja), Insaniah untuk pengajijan Islam.....

Inilah yang amat mengecewakan saya dan kita kerana kita banggakan Kedah sebab berada dibawah lembayung pemerintahan parti yang mursyidnya adalah ulamak (TGDNAANM).... tidak sepatutnya dialog di atas diucapkan pada awam.

Oleh kerana itulah Jamil mula naik tocang kerana merasakan apa yang dilakukannya semuanya mendapat restu dari MB walaupun ulamak yang lain di Kedah mengkritik. Adakah ini antara sebab kenapa Dato Muffti Kedah, Dato Badarudin merupaka satu satunya mufti yang tidak dilantik berada dalam Lembaga Pengarah Insaniah . Sepanjang sejarah Insaniah semua mufti akan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sama ada melalui lantikan atau undang-undang.

Oleh itu kita perlu pastikan bahawa Jamil meletakkan jawatan dan memastikan Ulamak akan menerajui sebagai rector Insaniah walaupun kata kata ulamak amat pedih dan berkesan. Untuk makluman pembaca Jamillah merupakan Rektor Insaniah pertama yang bukan daripada background pengajian Islam dan kerana itulah Insaniah sudah caca merba sekarang.

Slogan kita hanya satu :

Jamil mesti undur dan meletak semua jawatan di Insaniah

-Presiden GPMS-

KENAPA DIPLOMA TAHFIZ SAHAJA BUKAN IJAZAH DAN MASTER

by Gpms Kuin on Monday, May 23, 2011 at 10:33pm ·

Kenapa Jamil beriya iya sangat nak keluarkan Diploma Tahfiz daripada Insanaih. Kenapa program Ijazah dan Master Tahfiz tak dikeluarkan.
Adakah disebabkan mahu rebranding Insaniah agar Insaniah hanya menjalankan program Degree ke atas sahaja dan mahu lagi member focus kepada program diploma ke bawah? Jawapannya tidak kerana kenapa hanya tahfiz sahaja yang hendak diserah. Kenapa diploma Perbankan, diploma IT, Diploma Pengurusan Perniagaan, diploma Kewangan , diploma Perakaunan juga diploma Multimedia tidak diserahkan kepada YIKED.

Adakah disebabkan diploma tahfiz sangat lama di Insaniah dan diploma lain juga akan disingkirkan? Jawapannya tidak kerana, kini bbukan sahaja diploma yang sedia ada sahaja bahkan HEA sedang merangka perancangan untuk menambah diploma di bahagian Kejuruteraan. Peliknya kenapa tak suruh YIKED saja yang uruskan diploma kejuruteraan yang bakal di tawarkan ini.

Adakah disebabkan guru-guru di Diploma Tahfiz tidak ada pengalaman.? Jawapannya tidak kerana pensyarah ditahfiz kemahiran dan kepakaran mereka sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Kalau setakat pengerusi statistic saja tu tak mainlah Jamil oooi tu pun riuh sekampung. Apatah lagi di Multimedia Dekan (Akif) langsung tak ada master , boleh ja jadi Dekan (opsss kronikannn), kalau di kampus Mergong ni sibuk lah kalau tak sambung PhD tak boleh confirm DS45, walaupun guna perjanjian yang lama. Nak buat undang2 baru tu bolehhhh tapi pikirrr lah , dah buat semua dokumen yang dikehendaki ikut kontrak lama bagi tujuan confirm DS45 pas tu senang2 ja batalkan.

Sebenarnya sebab utama Diploma Tahfiz nak dikeluarkan adalah kerana selama ini Jamil menganggap ia TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN PADA INSANIAH. Semenjak Kerajaan dulu lagi keputusan Kerajaan dibuat untuk memberikan subsidi kepada yuran pengajian dan asrama pelajar tahfiz sebagai agenda keprihatinan kerajaan negeri. Namun Jamil lebih Nampak kepada wang ringgit, keuntungann dll. So ITULAH SEBAB UTAMA DIPLOMA TAHFIZ DIKELUARKAN. Bagi program Ijazah dan Master tak dikeluarkan dari Insaniah sebab program tersebut dikenakan yuran, so ada mashukk lahhh. Betul betul gila duitan si Jamil ni.

KESIMPULAN : DIPLOMA TAHFIZ KELUARKAN DARI INSANIAH KERANA TAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN PADA INSANIAH. Mata hati Jamil buta ,tak lihat keuntungan di akhirat.

Slogan kita hanya satu :

Jamil mesti undur dan meletak semua jawatan di Insaniah

-Presiden GPMS-

HEP SEPAK BOLA MASUK GOL SENDIRI

by Gpms Kuin on Tuesday, May 10, 2011 at 2:31pm ·

Salam keprihatinan,

Tadi ada seseorang hantar dalam my msj box maklumkan bahwa "surat tunjuk sebab untuk tatatertib yang dikeluarkan HEP adalah tidak sah dan tidak menurut prosuder undang undang tatertib pelajar KUIN. Dengar cerita surat itu akan dibatalkan dan dibuat surat baru "........ isyyyyyh kalaulah betul perkara ini malulah HEP kerana mengeluarkan surat tanpa usul periksa dan kaji undang undang walaupun ada pegawai undang undang. Rupa rupanya budak budak KUIN lagi cerdik kaji undang undang. Atau memang mereka dah mahir tentang undang undang atau macam2 lagi lah. so tahniah pejuang pejuang di kalangan student yanng berani tanpa gentar , kami staf KUIN menyokong anda.

So ini akan mengecutkan lagi Jamil. Kalau student dah berani lawan sampai kalah sebelum masuk lawan di padang, staf apatah lagi... saya tahu kompromi Jamil dengan MB untuk usirkan orang tertentu itu pasti akan gagal kerana berkat doa semua pelajar dan staf.

Ok kita jumpa dalam artikel seterusnya....

-pres. GPMS-

TAHFIZ MANGSA DOUBLE STANDARD KUIN

by Gpms Kuin on Thursday, May 12, 2011 at 5:41pm ·

Disahkan diploma tahfiz akan berpindah di bawah YIKED Julai 2011. Ayuh semua kita tunaikan solat hajat untuk mendesak keputusan kerajaan negeri di tarik balik. Jangan Cipta sejarah kerajaan PAS keluarkan Al-Quran dari KUIN tetapi menatang dan hbiskan duit ribuan ringgit untuk lantik felo dikuliah Medic, Kaunseling dan Engenering. Memang double Standart

PEJABAT REKTOR DAN SYA’YA DISERANG

by Gpms Kuin on Tuesday, May 10, 2011 at 2:12pm ·

Bagaikan jatuh ditimpa tangga dihempap pula pasu bunga. Itulah ungkapan yang amat sesuai diberikan pada Jamil dan Sya’ya apabila lebih kurang 9 orang kontraktor yang membuat pengubahsuaian dan keceriaan bangunan tahfiz untuk Sekolah Insan Bestary datang menuntut dibayar semua kos perbelanjaan yang belum dibayar INSANIAH HOLDING. OOooooo rupa rupanya baru terbocor rahsia, Insan Sya’ya berjanji macam macam ...macamlah INSANIAH ada duit, patutlah pihak kontraktor berani sangat nak buat pembaik pulihan di sekolah bestary , rupanya kena kencing dek Sya’ya dan Jamil. Mereka datang mahu menuntut hak mereka agar titik peluh mereka dibayar kos yang menelan belanja lebih 400 ribu.

Disebabkan INSANIAH tak berapa nak ada duit maka dijanjikanlah bahawa nak bayar 100 ribu dulu..... Isyyyyyyy isyyyy manalah anak syarikat kuin ada banyak duit macam tu, alamatnyaaaa kena guna duit Insaniah lahhhhhh. Nasib lah kita staf KUIN.Anak syarikat buat hal kita yang jadi mangsa. Susah apa, mai sini GPMS nak buat cadangan kepada kontraktor yang ditipu, buat aje report pada SPRM , baru lah diaorang tahu antara langit tinggi atau rendah... dah lah tak buka tender.. pakai hentam jerrrr tak ikut prosuder. Inilah padahnya kalau ikut telunjuk si Jamil. Bila dah terkantoi baru nak pergi melutut kepada MB Kedah. Dia bukan Tuhan, MB pun manusia macam kita jugak Jamil ooiiiiiii. Ok tak pa lah yang penting kami mahu hang letak jawatan, pi berambus dari KUIN.

-Presiden GPMS-

JAMIL MELALUT JAWAB SOALAN MEDIA ISU TAHFIZ

by Gpms Kuin on Tuesday, May 10, 2011 at 2:12pm ·

Pada 4 mei (rabu yang lalu) Majlis penerangan dan promosi kampus kuala ketil sebenarnya adalah agenda yang tersembunyi. Dalam majlis tersebut bukan nak promot kuala ketil sangat , tak lebih dari nak angkat dan julang si Jamil. MB puji Jamil, sampai kembang semangkukkkk. Promosi jamil perlu dilakukan kerana reputasi Jamil masuk tahun ketiga pentadbirannya sudah merudum dan hancur. Semua media telah membuka kelemahan Jamil yang sebenar. Dulu ramai orang lihat kehebatan Jamil membawa perubahan namun orang tak pernah melihat kesengsaraan staf dan seluruh warga INSANIAH yang di dalam . Namun perkataan Kedah SEJAHTERA yang dilaung laung kan dan mungkin Insaniah SEJAHTERA tidak langsung dikecapi oleh warga KUIN kerana Jamil adalah seorang yang indah bercakap tetapi kuat bersandiwara, bahkan ada yang mengatakannya bersikap dictator dalam banyak keputusan mesyuarat.

Pada hujung majlis itu apabila dibuka peluang kepada media untuk bertanya maka Rektor terketar ketar nak jawab soalan mengenai kedudukan Dip Tahfiz, apabila di desak akhirnya Jamil terpaksa buat statement kelentong dengan mengatakan Dip Tahfiz akan kekal di KUIN dan hanya pengurusan sahaja akan diambil oleh YIKED. Aiiiiikkkkk, dalam mesyuarat lembaga putus macam lain tetapi pasai apa Jamil jawab macam lain.. Ingat kami tak tahu keeeeerrrr. Tak Pa .. jamil terpaksa Jawab macam itu kerana bimbang akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Bukankah sudah dua kali Sinar harian mengatakan “kami cuba menghubungi Rektor tetapi gagal”.. bukan gagal wahai sinar tetapi Jamil takut bangat dengan media... Buktinya lagi apabila TV 9 datang ke pejabat Rektor untuk minta ulasan solat hajat yang dilakukan pelajar yang disiarkan TV9 dlam bulletin utamanya hari Ahad malam, Jamil tak keluar kerana takut nak komen nanti lagi akan jatuh reputasinya.

Letaklah jawatan Jamil
Keluarlah engkau dari KUIn
Selamat tinggal Jamil

-Presiden Gerakan Prihatin Membela Staf (GPMS) KUIN-

TAULAN HANYA SESUAI DI GELAR EXCO DEMO : JAWAPAN TUDUHAN TAULAN “PENSYARAH TAHFIZ YANG MAHU KELUAR SENDIRI DARI KUIN”

by Gpms Kuin on Tuesday, May 3, 2011 at 6:02pm ·

Sepanjang kerjaya Taulan sebagai exco pendidikan tak langsung memberikan perubahan positif kepada KUIN. Apa program yang dia mai, apa perjumpaan dia buat. Taulan hanya akan muncul membincangkan hal KUIN kalau ada mesyuarat Lembaga, itu pun sebab dia ahli lembaga. Yang lebih malang dia akan muncul bila ada demonstrasi sahaja . Bila ada demo maka muncullah Taulan, betul kata seorang rakan saya Taulan hanya sesuai digelar ‘EXCO DEMO’. Pada 11.1.11 apabila pelajar KUIN buat himpunan mega berarak dalam KUIN maka taulan pun ditugaskan untuk jumpa pelajar yang buat demo. Pada 1.04.11 apabila pelajar tahfiz buat demo , Taulan pun ambil fail cepat cepat melaksanakan tugasnya sebagai exco demo dengan menyoal siasat pelajar tahfiz yang terlibat. Alaihai Taulan jangan jadi Mat Jenin atau Luncai . Buat kerja kena ikhlas, jangan masa ada demo sahaja nak soal sana soal sini, kami tahu kamu tu loyar, tapi sedarkah kamu wahai Taulan , kamu adalah seorang exco kerajaan Negeri bukan Exco Demo. Jangan cakap sahaja pandai tapi praktikalnya hampeh. Kalau berani turunlah padang jumpa staf, jumpa pelajar...jangan cakap ikut belakang sahaja.

Mengenai statement yang dikeluarkan Taulan dlam Blog Kedahlanie dan Sinar harian (3 Mei 2011) adalah statement yang salah dan surat yang diberikan adalah surat yang palsu. Itulah , sedarlah sikit awak tu exco demo , bila dah tak ikut perkembangan KUIN jangan pandai pandai buat statement dalam akhbar nanti malu jadinya. Haaaa sekarang kan dah malu ... Ok.. ok..ok mai sini saya nak terangkan kronologi apa yang berlaku di Tahfiz agar kamu tak jadi exco demo.

Pada 3 April

Satu mesyuarat Pimpinan Tertinggi KUIN telah bersidang dan minta Dekan Kuliah al Quran buat perjumpaan dengan staf tahfiz . maka hasilnya satu laporan telah dibuat.Taulan sedar tak Dekan tu orang Indon, manalahhhh dia tahu hal hal nak taip bahasa melayu, maka diminta Kamaliah (P A Rektor )taipkan.Maka munculah laporan yang Taulan dedahkan dalam blog kedahlanie (lampiran 1).

Laporan tersebut lalu di bawa oleh Jamil pada malam hari tunjukkan pada MB .

Pada 4 April

Masa ni bukankah tengah sibuk dengan persidangan DUN dan timbul isu beruk naik pokok nyior, maka berdasarkan sulat palsu tersebut MB pun keluarkan kenyataan pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan lalu keesokkan harinya keluar dalam sinar harian MB kesal pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan (lampiran 2)

Pada 5 April

Apabila keluar dalam sinar tajuk pensyarah tahfiz hantar surat berbaur ugutan pada MB maka diteliti sumbernya, rupa rupanya laporan (lampiran 1) yang diberikan oleh Dekan dan rector kepada MB adalah palsu, ini seolah olah MB telah membohongi selurah rakyat Kedah dengan gambaran pensyarah tahfiz ni jahat.

Lalu pada hari yang sama Dekan Kuliah Tahfiz terus membuat surat secara rasmi memohon maaf kepada pensyarah tahfiz dan MB kerana laporan palsu yang telah diberikannya (lampiran 3) dan dikeluarkan satu memo penafian kenyataan yang ingin keluar dari kuin adalah kenyataan daripada pensyarah tahfiz yang di tandatangani oleh Dekan Alquran itu sendiri (lampiran 4)and than terus diberikan kepada Sinar Harian dan keesokan harinya keluarlah di dalam paper sinar permohonan maaf tersebut dengan tajuknya Dekan Alquran mohon maaf (lampiran 5) Sila lihat laporan sebenar yang juga ditandatangani oleh Dekan Alquran perkara 5.Ustaz Nasir Ismail cadangkan Sekolah Insan Bestaru yang keluar dari asrama tahfiz bukan seperti didakwa mengikut taulan pada lampiran 1 memo palsu yang kata pensyarah tahfiz yang nak keluar dari kuin. (lampiran 6).

Saya nasihatkan Taulan sebagai senior YB dalam Kerajaan Kedah, jangan cuba nak tunjuk hero dengan keluar statement dalam akhbar kalau tak study dan tak ada bukti dan tak pernah langsung turun padang di KUIN. Benarlah kata budak2 MPM dalam akhbar Sinar 6 April 2011 “bertajuk Pelajar Mahu MB turun padang, dakwaan dalang sebalik demo tidak benar”. (lampiran 7)

Jadi saya telah jawab semua tuduhan fitnah oleh Taulan dalam Sinar Harian hari ini (3 Mei 2011) yang menyatakan isu tahfiz telah dimanipulasikan. Harap Taulan boleh sedar, kalau nak fight bagi lah ada bukti kukuh sikit......

Saya pun tak cadang nak keluarkan dan siarkan semua dokumen ni, tetapi bila exco boleh keluarkan dokumen di blog, so kami kenalah bela diri, tak kan nak diam ja... Saya tunggu jawapan dari Taulan......

Yang Berhormat Taulan saya ada satu lagi dokumen dan bukti yang MB kata tak ada pekeliling atau surat yang mengusir pelajar tahfiz dari asrama tahfiz untuk penempatan Sekolah Bestary, sebenarnya ada memo rasmi KUIN suruh pelajar kosongkan dan pindahkan pelajardari asrama untuk tujuan penempatan Sekolah Bestery... kalau Taulan nak saya nak postkan dalam facebook nieeee.... Kalau benar dakwaan saya maksudnya MB telah berbohong dengan semua rakyat Kedah. Nak tak.,,?


Sekian, Salam Desakan Jamil Letak JAwatan.


(kalau gambar tak jelas sila klik pada my photos http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.181798198537503.63682.100001219737501)



-Presiden GPMS-

DEMO VS ARAK DAN KHALWAT

by Gpms Kuin on Wednesday, April 27, 2011 at 12:32pm ·

Pada 1 April 2011 sekumpulan pelajar tahfiz telah mengadakan demo menuntut hak mereka bangunan tahfiz dikembalikan dari dirampas Sekolah Insan Bestary, maka atas arahan Menteri yang Paling Besar iaitu Menteri Besar pun keluar arahan suruh siasat dan ambil tindakan kepada pelajar termasuk tok-tok guru tahfiz, maka Jamil jadilah beruk penyiasat.

Namun persoalannya :

ADILKAH JAMIL :Tat kala suatu hari Pengetua asrama datang bertemu beliau di biliknya pej rector memaklumkan bahawa kebiadapan pelajar warga asing khususnya Somalia yang bukan sekadar lompat pagar asrama di tengah malam bahkan minum arak dan membuang botol arak di merata rata tempat. Pengetua asrama telah pun cuba menyelesaikan perkara tersebut di pringkat asrama namun tiada penyelesaian , so bawalah perkara ini kepada Jamil , supaya nanti Jamil tak kata ‘Awat Hang Pa tak Habaq kat aku,kalau tak puas hati habaq kat aku dulu, jangan terus buat demoooo”. Malang tidak berbau, sudah lah jatuh di timpa tangga dihempap pula si pasu bunga sampai mulut ternganga nganga. Jamil langsung tak ada sensitive bahawa arak itu haram, dan pelajarnya sedang buat mungkar dalam Universiti Islam, wajib kena tegah. Jamil hanya kata :’ Ustaz pengetua mereka datang jauhhhh, kita jangann ambil tindakan pada mereka , kita kena nasihat dan kaunseling mereka, insya Allah mereka akan berubah” ADILKAH JAMIL dalam masalah demo ini seorang pelajar dan staf tahfiz pun Jamil tak panggil jumpa nasihat atau kaunseling, yang pasti Jamil bertekad untuk ambil tindkan disiplin. Mana yang lebih HARAM antara DEMONSTRASI atau ARAK. Muungkin inilah Islamisasi yang nak di bawa Jamil di KUIN.

ADILKAH JAMIL : Seorang budak KUIN warga Afrika melompat masuk di rumah janda di flat berdekatan Asrama Gemilang, Apa tindakan Jamil buat dekat budak tu... asyik asyikkkkk kaunseling... nasihat .. tu yang budak Afrika naik lemak.. Tak kan nak tunggu ANAK HARAM beranak di KUIN , masuk Sinar dan Metro baru nak bertindak kott. Yang budak tahfiz hafaz Quran ambil tindakan sampai nak tendang tahfiz keluar dari KUIN.

ADILKAH JAMIL : Seorang pelajar KUIN yang mengambil jurusan Multimedia di Sg Petani ditanggap khalwat pada siang hari bulan Ramadhan oleh penduduk setempat. Namun jika tak percaya pergi chek di HEP apa tindakan tatatertib yang diambil kepada pelajar tersebut, siasat pun tidak.... lepas tu kira ampun macam itu sahaja... siapa Tuhan yang Maha Besar wahai Jamil yang nak ampun begitu sahaja. KHALWAT tu jelas haram tapi DEMO yang tak haram , kenapa ambil prosiding tindakan tatatertib. Inilah Jamil yang bakal menobatkan Kerajaan yang melaksanakan hokum Islam tapi Jamil telah berdosa kepada seluruh rakyat Kedah kerana menidakkan amar ma’ruf nahi mungkar.

ADILKAH JAMIL : Semasa lawatan pelajar KUIN jurusan multimedia ke KL seorang staf menegur pelajar-pelajar tersebut dengan sebab pergaulan dan pakaian mereka tak menggambarkan pelajar Islam. Laki perempuan tampar hang aku. Ikut suka saja macam laki bini. Disebabkan dalam rombongan tersebut ada anak kandungnya yang dia lantik jadi staf di INSAN MAYA ada sekali masa lawatan di KL tu maka staf KUIN yang menegur itu pulak kena marah, dikatakan suka buat fitnah... Amboiiiii cantek muka hang jamil noooo... time anak kamu ada semua halal walaupun Islam haram, Saya boleh dedah persenaliti anak awak tu sebelum datang KUIN macamana pakai dan tindik telinga dia , tapi saya pun tak suka aibkan orang tanpa sebab. So mana lebih haram antara PERGAULAN BEBAS dan DEMO?

Anda boleh lah fikir sendiri apa yang saya tulis ini. Saya tegaskan bahawa GMPS tidak akan berkata dan mencoret melainkan perkara yang benar dan jauh darii fitnah.

Apa yang penting slogan kita jelas :

JAMIL MESTI BERAMBUS DARI KUIN
JAMIL MESTI LETAK JAWATAN
JAMIL MESTI DITENDANG KELUAR DARI KUIN.

-Presiden GPMS-

DUNIA HAMPIR QIAMAT APABILA AL QURAN DIKELUARKAN DARI KUIN, PROGRAM DUNIAWI DIANGKAT SANJUNG MULIA

by Gpms Kuin on Wednesday, April 27, 2011 at 12:31pm ·

Di antara tanda-tanda hampir qiamat ialah ulamak dipinggirkan sementara seni dan artis dijulang. Ulamak ialah mereka yang meperjuangkan dan mempertahankan islam dan alQuran, mengajak manusia mendekatkan diri pada Allah. Artis dan seni mengajak manusia agar cintakan hiburan, keseronokan dan kemegahan dunia.

Inilah yang berlaku di zaman kita pada hari ini termasuklah KUIN sebuah university yang kononnya memperjuangkan pengajian Islam. KUIN juga telah ada tanda kehancran akan berlaku apabila menendang keluar program Diploma Tahfiz AlQuran dari KUIN dan menjulang program yang melingkupkan pelajar dengan nilai secular seperti Kuliah Multimedia.

Ustaz-ustaz Tahfiz yang menghafaz dan memartabtkan AlQuran dikenakan tindakan, ditekan, dilucutkan jawatan, diberikan gambaran jahat oleh Jamil kepada MB, di katakan demo seperti kerja samseng dan lain lain, Tetapi Akif dan kroni Lingkupweng dinaikkan gaji gila gila, diberikan pangkat yang tinggi dan banyak (sampai 3 jawatan serentak), diberikan kebebasan sampai pelajar sana pun hyper bebas. Inilah trend pentadbiran KUIN yang sudah lari dari matlamat asal bakal memartabatkan Pengajian Islam tetapi Pengajian Islam di pandang rendah hanya dek kerana yurannya murah. Pengajian baru yang tak ada kredibeliti dan Quantity student seperti Medic, Multimedia dan kejuruteraan

Cuba tengok di dalam bidang perubatan , kaunseling, muamalat dan kejuruteraan lantik ramai fellow akademik yang gaji 12k ke atas, ada ramai professor, tapi dalam pengajian Islam tak ada fellow pun , professor hanya Dr Aqiel seorang sahaja, itu pun ngam ngm saja,. Ini lah bukti bahawa Jamil memijak mijak dan tak pandang Pengajian Islaam sebab Peng Islam baginya yuran murah dan langsung tak menguntungkan walaupun kalau dihimpun bilnagan semua pelajar yang bukan pengajian Islam tidak dapat menandingi bilangan pengajian Islam. Saya bukan mahu diskriminasi dan berpandangan serong kepada pelajar pengajian selain daripada pengajian Islam tetapi itulah modes operandi si Jamil ini.

So apa pun slogan kita hanya satu

JAMIL MESTI DIUSIR KELUAR DARI KUIN
JAMIL MESTI BERUNDUR DAN
JAMIL MESTI MELETAK JAWATAN

-Presiden GPMS KUIN-

KULIAH TAHFIZ DISERANG MANAKALA KULIAH MULTIMEDIA, ENGENIERING,MEDIC, MUAMALAT DIJULANG

by Gpms Kuin on Sunday, April 24, 2011 at 1:50am ·

Itulah masalah dalaman KUIN, kuliah alquran yang melahirkan ulamak dan huffaz di jijak dan ditendang manakala kuliah profesional lain dijulang. Mana prinsip KUIN berada bawah pemerinthan Islam.,Kuliah Medic tak ada pelajar pun dihabis ratusan ribu ringgit untuk julang.Engeniering ada lah berapa ekor sangat tapi dijulang, Multimedia yang hancurkan imej kuin sebagai IPT Islam tulin dijulang TETAPIIIIII Tahfiz yang memelihara alQuran di serang hanya kerana menegur pemimpin. Mereka demo supaya pindahkan Sek Bestary keluar dari RAzy namun akhirnya mereka bakal ditendang keluar dari KUIN. Inilah pemimpin yang zalim dan hanya memikirkan nafsu sebab ada kuasaaaaaaaaaaaa. Ingat Jamil saya akan mengarah semua ahli2 GPMS untuk buat solat hajat besar besaran agar Tahfiz tidak tersingkir sebaliknya kamu akan tersingkir dari KUIN dan memang patut pun kamu disingkirkan.

JAMIL MESTI DIUSIR
JAMIL MESTI BERUNDUR
JAMIL MESTI LETAK JAWATAN.


-Presiden GPMS-

Senin

SATU BUKTI JAMIL BERSEKONGKOL DENGAN MB KEDAH SENGAJA MENJATUHKAN HUKUMAN

by Gpms Kuin on Saturday, February 25, 2012 at 1:54pm ·

tersebar di dunia internet kezaliman Jamil yang bersekongkol dengan Ustaz Azizan menjatuhkan hukuman kepada 6 orang pelajar yang tidak berdosa. Apa kesengkokolan itu? layari laman ini

http://maharajasuntzu.blogspot.com/ atau
http://www.box.com/s/5rln2jdzlptt47peev2r .

Slogan kita hanya satu :

Jamil mesti dipecat dari Insaniah

Rabu

10 Sebab kenapa rektor mesti meletak semua jawatan di KUIN dan anak syarikat kroninya

by Gpms Kuin on Thursday, December 30, 2010 at 1:33am ·

10 Sebab kenapa rektor mesti meletak semua jawatan di KUIN dan anak syarikat kroninya

1.Kronisme, menjamu tembolok kroni, anak dan isteri,menantu,sepupu rakan2nya..tunggu sy buat laporan BPR. Rektor masukkan anaknya di dalam Kulliyyah Media S Petani. Rektor bawa masuk Muslim jadi Dekan Ingenering, lalu si Muslim cadangkan untuk bawa masuk isteri dan menantunya, dr faridah dan dzairil dalam kuin, maka permohonannya diluluskan.Kemudian bawa masuk anak, tapi tak lama sebab takut orang bercakap mengenai mereka. Kemudian si muslim cadang bawa sepupunya Mansor lalu dilantik CEO INSAN KOMPUTER Wahai pegawai penyiasat BPR , tangkap orang orang ni , jangan buat kurapsi dalam institusi agama.

2.Menubuhkan anak syarikat yang tak mahu cari untung.berniaga hanya dengan KUIN saja.hidup segan mati tak mahu.kalau berani kemukakan penyata kewangan kepada kami. Kera dihutan disusui, anak dipangkuan dipijak pijakki. Kita kena bersatu pastikan kera kera itu berambus dari kuin.

3.Menjadi api dalam sekam, guting dalam lipatan.Menghabiskan duit kuin, Bila KUIN SDN BHD bangkrap maka kemungkinan akan dijual kepada kroninya.Ambil staf INSANIAH pinjam ke holding, lepas tu ambil pula tukang serapkan ke dalam holding, dengar kata bas pun nak diserapkan, dengar lagi asrama swasta pun dah ada.. entah entah kroni juga. Entah apa lagi yang akan diserpkan untuk tujuan holding dan kroni.

4 Tak pandai mentadbir & merancang. Buat Kampus Medic habis berjuta , kemudian nak pindah tempat lain pula.Entah entah kampus Kuala Ketil bila dah nak siap pindah pula ke tempat lain. Apa apa pun boleh berlaku, jangan ghairah sangat kita dok cari tanah di Kala Ketil, kemungkinan tak akan pindah.

5.Usir pelajar tahfiz di jalan sultanah kononnya buat sekolah bestaring, tak berkattt, bila tak berkat tengoklah, lama kelamaan akan ditutup begitu sahaja.tunggu dan saksikan

6.langsung tak jaga kebajikan staf KUIN (staf lama)..mangsa banjir..Angrh Cmerlang..RM500 staf smblan..RM 500 diperuntukkan Kerajaan untuk bantu rakyat dan penjawat awam buat persediaan anak nak ke sekolah, Kami anak dah nak masuk sekolah dah, takkan nak suruh kami hutang alooong, Rektor dan kroni tak mengapalah sebab gaji ribu ribu, mana hak kami. Mana kebajikan kami.. Rektor tak selamat. Bila Tanya rupanya duit kuin dah tak ada.tanya di Jabatan Bendahari, mereka kata semua FD dah cair, so inikah sebuah organisasi yang cemerlang dan telus. Tengah tengah tak ada duit boleh pulak beli Camry. Opsss sebab Toyota Camry rector yang pakai, biar staf susah taka pa janji rector mewah ,senang. Inikah contoh seperti Omar Abdul Aziz.Jauh panggang dari api

7. Tak jaga kebajikan student (terutama pelajar msia)Warga asing lompat masuk rumah janda,,tak mengapa..minum arak…tak mengapa..pecah pagar asrama … tak mengapa.


8.Ikut suka nak keluar arahan mcm dictator, katook dinding, pej. Asram pindah…toot .. toooot tak jadi pulak. Ingat main aci ligan ka, wahai rector.

9. Kami yg akademik dipinggirkan.admin saja dapat macam macam untung . Kursus tu kena sekat kursus ni tak boleh pergi sebab alas yang macam macam, tapi yang admin terbang ke serata dunia , ingat kami tak tahu. Kadang kadang pergi ke Yaman bukan ada hasil apa pun, tapi just sebab anak ada di sana.

10. Kalau kita tak jatuhkan si Jamil, nanti org akan jatuhkan Kerajaan Islam.So jgn jatuhkan PAS tp ayuh ayuh ayuh ayuh jatuhkan rektor.Desak supaya dia letak jawatan,tinggalkan KUIN dengan apa cara pun. Kalau semua staf takut tergugat periuk nasi, tak mengapa ikuti tulisan saya dalam GPMS KUIN. APa yang penting berikan sokongan dengan padu. Atau pun bolehlah creat fb yang guna nama samara. Kalau ada perjumpaan dengan Rektor mari kita berami ramai Tanya dan desak agar rector letak jawatan.


Oleh : Gerakan Prihatin Membela Staf (GPMS) KUIN

Selasa

JAMIL UMPAMA BERUK PANJAT NYOK

by Gpms Kuin on Tuesday, April 5, 2011 at 5:46pm ·

Hari ini dalam dada akhbar tempatan riuh dengan isu perumpamaan yang dicetuskan MB Kedah dalam siding DUN Kedah ke 12 iaitu “ BERUK PANJAT POKOK NYOK”Kenyataan ini diperjelaskan oleh MB menggambarkan tindakan Kerajaan Pusat membiayai kos membawa pulang pelajar Mesir tetapi tidak menaja untuk perjalanan pulang kembali Mesir. Beruk naik pokok nyok dapat upah tapi turun tak bayar upah.

Hal ini samalah dengan Jamil, yang saya nak pinjam perumpamaan MB, Jamil ibarat beruk panjat nyok, Tapi beruk ni teruk lagi sebab dia nak panjat pokok nyok tetapi takut nak turun. Bila beruk ni takut nak turun dia terpaksa minta bantuan beruk beruk lain, maka ramailah beruk beruk di INSANIAH yang pandai memanjat sebab dapat upah untuk memastikan bapa beruk rasa seronok. Tiba tiba semua beruk beruk tu tak mahu turun sebab rasa selesa dengan keadaan di atas pokok nyok. Bila pokok nyok ditiup angin kencang , ntah la, mungkin angin demo ka angin face book ka maka semua beruk beruk tersebut saling salah menyalah , bahkan ada yang salah angin dengan berkata “ beruk betoi angin ni” dalam keadaan mereka tak sedar mereka tu lah sebenarnya yang beruk. Tak habis denagn angin datang pula kerengga mengetit beruk beruk ini, maka mereka pun mengadakan mesyuarat apakah tindakan yang kita perlu lakukan pada kerengga ini. Antara cadang tindakan ialah dengan memecat jawatan timbalan dekan kerengga. Alahai kerengga tersebut tak hairanlah dengan jawatan timbalan tersebut, tetapi yang hairan kenapa dekan kerengga tak diambil tindakan. Rupa rupanya Dekan kerengga tu adik angkat si ketua beruk tu. Pandai kroni jugak beruk beruk ni, ingatkan jamil sorang ja pandai main kroni rupa rupanya beruk ni lagi kuat kroni.

Agak-agak kalau angin ribut yang kuat menggoncangkan pokok nyior dan kerengga yang ada boleh kah menurunkan beruk tu? Jawapannya boleh sebab beruk beruk ni ada yang sakit jantung, ada yang rabun mata, ada yang perut buncit, ada yang lidah telo bila bercakap dan lain lain lagi. So yang penting pastikan angin sentiasa bertiup kencang tanpa henti, agar beruk-beruk ni meletak jawatan sebagai rector dan mastermind beruk beruk.

Opsssss beruk beruk ni jangan bagi pisang , mereka tak makan pisang , mereka hanya makan buah kuasa dan jawatan.

Ok jangan marah ya beruk beruk. Kalau marah memang sah lah kamuni beruk.

- Presiden GPMS -