Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)

Jumat

JAMIL: LETAKLAH JAWATAN SEBELUM KAMU DILETAKKAN

by Gpms Kuin on Friday, January 7, 2011 at 12:38am ·

Jika ingin buat perubahan, berpada padalah, ‘ukur baju biar padan dengan badan sendiri’. Pentadbiran kuin yang terlampau drastic ibarat melambung pasu keawan dan menanti masa untuk melihat kehancurannya. Kuin perlu sedar bahawa Kerajaan yang memerintah sekarang kononnya memerintah secara Islam , namun pentadbiran kuin dikemudi oleh Jamil dengan penuh kurapsi, contoh yang dapat dikongsikan :

Gaji semua staf bagi bulan disember 2010 dibayar lewat dan telah menimbulkan kemarahan staf. Denagr ceritanya memaksa kuin meminta sedekah kepada Kerajaan Negeri untuk memberi pinjam/advance 1,000,000 (satu juta rm) bagi membolehkan gaji staf dibayar

Apabila wang sudah tiada maka pembayaran gaji yang lain pun tak dibayar seperti potongan pinjaman bank,KWSP,insuran,pinjaman kenderaan,Ramai rakan merungut mengenai kwsp dan insuran yang tak dapat dibayar kuin melalui potongan gaji kerana tiada wang. Jika ini member kesan syarikat insuran tak dapat berikan keistimewaan kepada ahli apabila sakit, mati atau kemalangan, tiba2 potongan yang sepatutnya dibuat melalui potongan gaji tak daptt dibayar , adakah kuin akan tanggung kos tersebut? Jauh api dari pangganglah jawabnya.

Wang bantuan persekolahan yang telah diumumkan Kerajaan gagal dibayar sehingga mencecah bulan januari 2011.Wang ini diberikan insiatif oleh pihak Kerajaan bagi membantu penjawat awam menguruskan alam persekolahan anak anak namun, ramai staf terpaksa buat hutang dengan pelbagai agensi untuk menyara persekolahan anak anak mereka terutama staf sokongan dan tukang. Sehingga artikel ini ditulis rm 500 belum ada apa apa pun kredit dalam akaun kami.
Kawan kawan kakitangan yang berstatus sementara tak diberikan wang bantuan rm 500 atas pelbagai alasan, namun sebenarnya berpatah balik kuin tak ada duit
Pengambilan kakitangan baru yang sebahagiannya melalui kaedah kronisme, atau secara menggunakan kuasa untuk memasukkan adik beradik sanak saudara dalam kuin (ini boleh repot bpr) , contoh Muslim lantik menantunya jadi Timbalan beliau di Kuliah Engenering. Isyyyy dulu kata dekat umno, sekarang jadi serupa. Penulis yakin Jamil bukan orang PAS, dia hanya bersembunyi disebalik kepercayaan yang diberikan kuasa mutlak oleh MB kedah.

Kena saman dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana gagal menghantar laporan prestasi audit syarikat kuin. Alaihai, buat malu je, Jabtan laian tak macamni. Opsss ini mungkin cara kuin menuju keantarabangsaan,

Mengenai kemasukan pelajar warga asing, ada yang dilakukan dengan penipuan, pihak imegresen di tipu oleh untuk KUIN ,untuk memboleh orang mengatakan “wahhh hebatnya KUIN dibawah pentadbiran Jamil, ramail orang luar Negara datang”. Ini namanya objektif menghalalkan cara, atau nama lain pentadbiran ala ROBIN HOOD.

Menipu Kementerian Pengajian Tinggi mengenai status pengajian beberapa Kuliah di KUIN, Bila Kementerian datang buat lawatan semuanya hipokrit, berlakon, tentera tentera KUIN dikerah untuk memberliankan kaca. Tak baik tau tipu tipu tapi kalau si Jamil jolok sarang tebuan.................. isu ini akan meletup di Kmenterian, Rupanya kehebatan pengurusan KUIN amat bergantung kepada taktik bohong dan tipu. Kalau bosss paling tinggi pun pandai tipu , so kalau anak buah tipu, Jngan marah yeee jamil.



Soalnya sekarang kemanakan duit ini pergi. Dulu kuin taklah ramai student sangat , yuran student taklah naik macam hari ini, namun boleh ja hidup dengan satu keluarga , sekarang katanya student antarabangsa ramai, yuran mereka mesti lebih tinggi dari pelajar Malaysia, pelajar keseluruhan ada lebih 5000 orang, kebanyakan dapat bantuan kewangan termasuk PTPTN dan lain2 agensi, Pergi mana duit kuin yang banyak, di sini saya ungkapkan aliran duit tersebut :

Menganak syarikatkan kuin supaya mudah nak bayar gaji yang tak ikut skim Kerajaan, supaya mudah bawa masuk rakan rakan lama dari UIAM dan rakan yang masa mengaji di UK dulu, supaya mudah memasukkan anak sendiri, nanti payah pulak nak berulang alik ke Gombak. Supaya mudah nak buat kerja tanpa ikut prosuder dan pekeliling JPA.

Sewa bangunan untuk Insan Fasih di simpang kuala dan bangunan bersebelahan Hospital swasta Bandar Aman Jaya Sungai Petani dengan harga kedua2nya lebih kurang rm50,000 (lima puluh ribu) sebulan, tapi income modal pun tak balik.Anaik syarikat tak heran kerana kalau tak untung pun tak mengapa sebab gaji berbelas belas ribu dah confirm ada, so tak perlulah anak syarikat nak risau kerana kalau rugi kuin tanggung, mangsanya kamilah staf kuin,kalau untung anak syarikat yang ngaaaap.

Dalam tak ada duit, beberapa staf anak syarikat naik gaji , apa ni... jangan ingat satf tak tahu, walaupun kami tak duduk di Jabatan Bendahari atau bahagian pentadbiran tetapi semua maklumat sampai kepada kami.

Kuliah Medic mula mula buat di Jalan Istana Lama (belakang menara Alor Setar) kemudian nak kena pindah pula. Takkah membazir.. Tak ada perangcangan langsung. Sia sia ramai pakar ekonomi di kuin, buat pengajian ekonomi sampai PhD tapi bila praktikal ekonomi di kuin, gagal.....hanya hebat teorii ja,hampeeeh.

Guna kuasa untuk pasang karpet di dewan besar KUIN (ni pun boleh lekat kes bpr). Walaupun jamil bagi alasan pasang karpet di dewan sbb nak siap untuk konvokesyen tapi itu hanyalah alasan jeeee, yang penting kenduri ankku Nampak meriah dengan karpet baru, takkan nak menayang kat kawan kawan dan adik beradik sampai kena guna duit kuin kottt, zalim, zalim, maha zalim

Claim dari anak syarikat semua gila gila. Puluh puluh ribu. Isyhhhhh, Program Cnfrens di Langkawi , puak puak Insan Naya tu bukan buat kerje ikhlas , lepas kerje claim semua charge, tulah sebab kita staf KUIN tak dapat nikmati kesejahteraan gaji sebab jamil memenuhkan tembolk kroninya.

KUIN ni dah simpang banyak dari motto nya kebahagiaan dunia dan akhirat,,....,,. Meneroka kea rah kebijaksanaan,kenapa tersimpang , antaranya:

Menubuhkan kuliah professional seperti engenering,multimedia,perubatan, hotel, kononnya nak tiru al azhar (boleh baca dalam fb jamil).Saya nak ghoyat kat mu jamil, al Azhar yang ajar engenering, perubatan dll semua hafaz quran, kita? Hafaz apa? ,....Sekadar nak masukkan subjek agama itu bukan Islamic, itu secular namanya. Pensyarah di Multimedia.. ada hafaaz quran, isyyyyyhhhh isyyyh bukan takat tak hafaz quran bahkan ajar kreatif music guna gitar, pensyarah main gitar , anak murid menari berjongket keliling... inikah model al azhar. Bukan sekadar itu , pensyarah di multimedia hanya pakai tudung dlm kampus jeee jamil oooooiiii, di luar tak pakai punnnnnnnnnnnnnnnn. Inikah yang diajar oleh university al azhar, ini hipokrit namanya, if you want i can show everythings. Saya ada bukti semua yang saya cakap, so jangan main main denga saya jamil.



Ini baru perkara berkaitan kakitangan, kalau ingin diungkapkan hal dengan orang luar, atau yang paling meletup isu tak puas hati student dengan pentadbiran... tunggu artikel kedua, bertajuk : AKHIRNYA JAMIL TUNDUK DENGAN KUASA PELAJAR

Kesimpulannya bila KUIN banyak sangat diswastakan kepada anak syarikat , akhirnya bila KUIN jatuh dan bangkrap mak mudahlah tembolok kroni jamil yang kaya raya akan beli KUIN SDN BHD. Bila KUIN membangun atas kezaliman dan penindasan, dengan doa doa yang mengharapkan Jamil meletak jawatan, maka perkembangan KUIN tidak mendapat keberkatan walaupun Kampus Kuala Ketil Besar (buktinya ada kurapsi dlm pembinaan,itu lain kali saya cerita), walaupun pelajar asing ramai, walaupun pelajar bertambah, walaupun pakai Camry, walaupun banyak anak syarikat, walaupun dewan berkapet, walaupun walaupun walaupun....

So saya harap Jamil cukuplah sekadar tahun 2010 berkerja di KUIN, 2011 letaklah jawatan kerana banyak sungguh dosa dan kurapsi yang telah engkau lakukan. Kami semua staf lama tak suka pada awak Jamil, kami benci dengan sikap hipokrit kamu Jamil, saya ada banyak bukti yang kalau saya dedahkan pada BPR kamu akan di tangkap dan masuk muka depan utusan Malaysia, so saya cadangkan letaklah jawatan dalam masa 2 bulan dari warkah ini ditulis. Jika sampai bulan Mac kamuu masih berada di KUIN saya akan menggunakan semua kabel yang saya ada untuk membuktikan semua penyelewengan kamu kepada pihak Polis dan BPR. Selepas kamu meletakkan jawatan saya akan mendedahkan siapakah saya yang sebenar. So buat kesekian kalinya saya sarankan letaklah jawatan sebelum kamu diletakkan jawatan melalui pelbagai cara cara yang kamu tak sangka sangka

0 komentar:

Posting Komentar