Halaman

Subscribe:

About

Labels

azizan (1) demo (2) hep (1) kuin (18) rektor (16) tahfiz (4) video (1)

Jumat

USTAZAH AZLINA SOKONG USAHA PECAT REKTOR: CADANGKAN SEGERA CARI PENGGANTI

by Gpms Kuin on Saturday, February 25, 2012 at 12:53pm ·

Semua pihak nampaknya bersetuju dengan slogan GPMS KUIN untuk memecat Rektor KUIN dan memastikanya keluar dari KUIN.:

- BArisan mahasiswa perihatin Insaniah dalam kenyataan rasminya di dalam mahasiswaprihatin.blogspot.com telah menampakkan sokongan mengeluarkan Jamil kerana gagal menguruskan Insaniah dengan jayanya.

- Barisan anak muda daripada Kuala Lumpur beserta sebahagian pelajar Insanaih yang berdemo di depan wisma juga mendesak dengan kain rentang agar Rektor Insaniah meletakkan jawatan

- Semua warga Insaniah yang tidak dijaga kenajikan semua berdoa agar Jamil segera berambus dari Insaniah

- Blogger yang dah tahu perangai Jamil pun mahu Jamil berundur beserta kroninya bahkan mempunyai bukti penglibatan Jamil dan MB Kedah mengambil tindakan kepada pelajar yang kena gantung dalam http://maharajasuntzu.blogspot.com/

- Begitu juga blog yang mendedahkan kurapsi pentadbiran JAmil di dalam http://adikwak.blogspot.com/

- Terkini Ustazah Azlina yang menjadi seteru kuat Jamil juga akur dengan reality orang dah menolak Jamil apbila member cadangan kepada GPMS untuk cari ganti Jamil tanda setuju menyingkirkan Jamil dari Insaniah.

Slogan kita hanya satu :

Jamil mesti disingkirkan dari Insaniah

HADIAH MB UNTUK MAHASISWA KUIN 5 :JAMIL BAKAL SAMBUNG KONTRAKOLEH MB KEDAH LEPAS TAMAT PADA HUJUNG APRIL INI

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:32am ·

Sedar atau tidak sudah riuh dalam Insaniah berita tentang Jamil akan disambung kontraknya sebagai Rektor yang diktator ala hitler mulai bulan mei ini. Inilah hadiah yang paling berharga MB Kedah kepada semua mahasiswa yang menentang dan menolak AUKU . Ini juga tanda kekejaman AUKU akan terus mencengkam mahasiswa. Jamil adalah diktator yang ego dan tidak akan tunduk melainkan student power yang boleh menjatuhkannya. Mari semua mahasiswa selamatkan Insaniah daripada terus dinodai oleh tangan ghaib UMNO yang mengaku orang PAS. Agenda Jamil selepas ini

Yuran Pengajian Islam akan dinaikkan kepada pelajar baru

Beberapa kenaikan yuran lain akan dikenakan untuk menampung kewangan Insaniah yang sangat meruncing

Bas akan diswastakan dan pelajar kena bayar tambang

Aktiviti pelajar akan disaring dan di tapis dengan mengongkong mahasiswa menerusi HEP

Spy spy dikalangan pelajar dan staf akan dilipat gandakan

Jamil memang zalim dan harus dihukum.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS

INSAN BESTARY LAMBANG KEZALIMAN YANG TIADA MARUAH

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:09am ·

Insan bestari sebuah institusi lambang kezaliman anak syarikat Insaniah kepada pelajar tahfiz terus rakus dengan tiada maruah menggunakan laman web Insanaih sebagai tempat promosi aktiviti. Dimana laman web mereka sendiri, dimana tempat sendiri hingga kursus pun buat dalam kampus Insaniah yang dirampas Insan Medic... zalim..zalim

Dulu kata nak keluar,, sampai sekarang tak keluar keluar dari bangunan tahfiz... cakap tak serupa bikin.... dah lah tak keluar dari bangunan tahfiz , duit renovation bangunan pun paksa Yayasan Islam bayar.. alahaiiii Jamil... undang undang apa yang kau guna....Ingat !!!! doa pelajar tahfiz yang dizalimi tu maqbul.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS

INSANIAH HOLDING PUNCA INSANIAH TENAT BAYAR GAJI BULAN 11 DAN 12, BONUS HINGGA SEKARANG BELUM BAYAR.

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:09am ·

Krisis kewangan insaniah yang meruncing menyebabkan proses pembayaran gaji semua kakitangan Insanaih bagi bulan November dan disember kucar kacir.

Bagi pembayaran gaji bulan November , Insaniah terpaksa melutut meminta sedekah pinjam duit kepada Perbadanan Menteri Besar untuk memastikan gaji staf Insaniah dan Insaniah Holding sebanyak satu juta ringgit. Itu pun pembayar terpaksa dibuat 2 peringkat, peringkat pertama gred 45 ke bawah dan peringakat kedua dibayar gaji lambat bagi gred 45 keatas

Bagi gaji bulan disember keadaan semakin parah apabila Timb rector sendiri terpaksa memujuk PTPTN agar memberI pembiayaan pelajar lebih awal bagi memastikan duit PTPTN pelajar yang dapat membolehkan gaji bulan disember dibayar, namun usaha pemujukan PTPTN gagal kerana keputusan peperiksaan pelajar gagal diberikan pada PTPTN pada tempoh yang sepatutnya. So gaji juga dibayar dua peringkat.

Dan sehingga artikel ini dipost kan dalam fb, Insanaih menghadapi masalah kewangan yang tidak cukup untuk membayar bonus kakitangannya apatah lagi Jamil suruh bayar jugak bonus kepada staf Insaniah Holdings. Jamil lupa tujuan kerajaan bagi bonus adalah untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun dan persekolahan anak-anak penjawat kerajaan...... apa kaitan bonus dengan anak syarikat?

Sedar atau tidak 700k peruntukan untuk membayar gaji kepada Insaniah Holdings sebaliknya hanya 300k lebih sahaja untuk gaji kakitanagn Insaniah.

Senario ini menggambarkan system pengurusan kewangan Insaniah yang teramat sangat teruk sehingga kena melutut untuk dapatkan duit . Persoalannya kenapa jadi begini?

Jawapannya TSUNAMI ANAK SYARIKAT INSANIAH.

Jamil yang kononnya dikatakan pakar ekonomi telh melingkupkan Insnaiah dengan mewujudkan anak syarikat yang tak langsung berniaga , dan membelanjakan duit Insaniah untuk anak syarikat.

Kewujudan anak syarikat hanyalah untuk memastikan Jamil menjamu tembolok kroninya dengan member gaji langsung tidk mengikut skim Kerajaan . Jamil zalim ... Jamil zalim....

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS KUIN

ISU AUKU : KEBANGKITAN SUARA MAHASISWA AKAN JATUHKAN JAMIL

by Gpms Kuin on Saturday, January 21, 2012 at 1:01am ·

Isu Insaniah menjadi isu bualan nasional pada ketika ini kerana kesalahn MB Kedah mengeluarkan kenyataan media dengan menyokong tindakan Jamil mengambil tindakan AUKU kepada 6 mahasiswa Insaniah hanya kerana :

Berdemonstrasi menyuarakan penentangan terhadap penempatan sekolan Insan Bestari (milik Insaniah Holding yang dimiliki oleh kroni Jamil) di bangunan tahfiz

Memberi ucapan menggunakan healer

Membuat penyataan media agar MB Kedah turun padang selesaikan kemelut

Didakwa menggangu ketenteraman awam sebaik sahaja selesai solat jumaat.

AUKU adalah akta yang memang ditentang oleh semua parti pakatan rakyat. Apa peduli Jamil bukan orang PAS. Jamil orang UMNO yang berselindung disebalik MB Kedah.

Ramai yang kata undang-undang yangdikenakan pada pelajar bukannya AUKU kerana Insanaih bukannya IPTA tetapi IPTS. Sebenarnya sama saja , kandungan didalam kaedah tatatertib Insaniah 2007 adalah copy sebiji dengan AUKU Cuma nama sahaj tukar , letak nama Insaniah dan ..... so ..... sama jelah. Kita tak hokum pada nama tapi pada kandungan yang sebiji dengan kezaliman AUKU.

Karpal Sigh menjadi peguam Insaniah lawan dengan Hanipa Maiden (peguam 5 orang pelajar yang kena tindakan). Insaniah sanggup bayar duit guaman sebanyak lebih kurang RM 80 ribu kepada KArpal Sigh sedangkan hingga kini staf Insaniah tengah mendesak membayar bonus yang sepatutnya dibayar pada bulan Disember. Jamil sudah hilang akal dan nyanyok...... Jamil lebih membesarkan Karpal Sigh daripada kebajikan staf Insaniah...... Atau jamil menggunakan duit pelajar untuk membayar wang guaman kepada karpal Sigh..... mahasiswa terus dianiaya. Lebih baik duit digunakan untuk memperbaiki kemudahan di Stargate yang macam tongkang pecah..... mahasiswa terus dianiaya...... Lebih baik duit digunakan untuk upgrade surau di Stargate daripada sumbang kepada bukan Islam..... mahasiswa terus dianiaya.

Jamil arahkan staf bawahannya ... pastikan Dialog anak muda tidak dapat diadakan di dalam kawasan Insaniah.....Anak Muda akan terus mendesak melihat kerakusan Jamil anti mahasiswa.

Jamil terus mengukuhkan cengkamannya kepada mahasiswa dengan mempetaruhkan agamawan dihadapannya...... agamawan ustaz-ustaz dan ustazah ustazah dijadikan perisai untuk menyelamatkan kerjayanya sebagai dictator university ala hitler....... mahasiswa terus dianiaya......... Front utama di hep diletakkan ustaz dan ustazah dengan harapan mematikan gerakan pelajar............... mahasiswa terus dianiaya...... Us Gani Khidmat komuniti pun juga digunakan semasa hendak meleraikan demo himpunan aman atas nama persatuan ulama’..... Awasa golongan agama jangan terpedaya dengan taktik kotor Jamil.... jangan sampai anda di kambing hitamkan oleh Jamil yang hanya pandai mengkayakan tembolok kroninya sahaja.

Ingat Jamil..... mungkin kami susah nak jatuhkan kamu kerana Jamil seperti kekasih di sisi MB Kedah . Tetapi ingatkah Jamil sejarah dunia bahawa seseorang pemimpin itu akan dijatuhkan oleh mahasiswa...... Sekarang mahasiswa sudah bangkit melihat kezaliman Jamil.... desakan politik dan badan bukan kerajaan serta orang perseorangan telah berleluasa ..... Jamil mula gentar.....Jamil mula lari dari mengangkat telefon dari Media massa ..... Ingat jamil........ Mahasiswa sudah bangkit.....mahasiswa akan desak Jamil letak jawatan.... Tunggulah masanya anda akan dihukum sesuai dengan sikap dictator yang anda telah lakukan.... Jamil bukan sahaja menzalimi mahasiswa tetapi Jamil juga telah menzalimi staf Insaniah.

Slogan kita hanya satu, Jamil mesti berundur dan letak jawatan

Presiden GPMS KUIN

SIDANG DUN KEDAH : REKTOR LARI , MB KENA JAWAB

by Gpms Kuin on Thursday, November 17, 2011 at 11:05am ·

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung 15 hingga 20 November menyaksikan Insaniah diganyang sehingga MB Kedah terpaksa keluar seketika dan terus telefon Rektor yang tidak hadir sidang DUN. Selepas Jamil dimarahi MB Jamil terus telefon Pak Ya Man (Timb Rektor) yang juga tak hadir sidang dewan. Alahai penakut juga dia orang ni. Dah tahu buat salah , nak kena ganyang semua lari tak hadir sidang dewan.Jamil ke Pahang tapi yang si Pak Ya Man ada di Insaniah pun tak pergi DUN… Oooo mungkin Pak Ya Man buat alasan sibuk meting,program kuin atau ada tetamu kononnya.. alleeeehhh buat alasan konon, yang pergi jumpa peguam Insaniah (kes guna khidmat Karpal Sigh untuk lawan 5 pelajar digantung) di Pulau Pinang hari Ahad baru ni boleh pulak… tak pulak buat alasan sibuk.

Antara perkara yang Insaniah kena ganyang :

- Kuliah Kejuruteraan dalam bidang degree kejuruteraan elektronik dan computer yang masing masing hanya ada 6 dan 1 orang student sahaja sedangkan perbelanjaan pensyarah, kemudahan dan lab yang tinggi.sanagat tak releven (macam tu juga medic student tak masuk lagi pensyarah dah berates ribu habis sebulan, student pun belum tentu datang)

- Masalah dalaman pentadbiran dan kewangan yang kurapsi yang telah diketahui oleh semua orang yang tidak boleh disembunyikan Insaniah.

- Sistem pengurusan dan perbelanjaan yang dilaksanakan tanpa ada sekatan… maksudnya berlaku pembaziran laaaaa

- Kelentong sidang dewan apabila MB membentangkan bilanagn pelajar Mutimedia ada 1600 lebih …. Issyyyyhhhh ,,.untuk makluman pembaca pelajar multimidea yang sebenar ada lebih kurang antara 250 – 350 sahaja…..

- Pengurusan anak syarikat yang membebankan Kerajaan.

- Banyak lagi lah…..

Semua perkara di atas dibangkitkan oleh YB Dato Mahadir Khalid.

Rasanya mahadir Khalid perlu tahu tentang isu Karpal Sigh yang diambil Insaniah sebagai peguam Insaniah dengan bayaran hamir-hampir RM 80,000.00

Kebanyakan pembesar yang mengetahui kes kes Insaniah senyum sahaja kerana mereka sudah mengetahui gelagat Jamil dan kuncu kuncunya di Insaniah termasuk YB-YB pakatan dan pembangkang.

Kesimpulannya jika Kerajaan sekarang mahu selamat tolong singkirkan Jamil , kami warga Insaniah dah meluat sangat dengan Jamil yang guna kuasa untuk jaga namanya bukan nama Insaniah.

(perkembangan terkini DUN yang ada kaitan dengan Insaniah saya akan laporkan dari masa ke semasa)

Slogan kita hanya satu : Singkirkan Jamil dari Insaniah, nescaya Insaniah kembali aman dan sejahtera.

Ikhlas dari : Presiden GPMS KUIN

KRISIS KEWANGAN INSANIAH MERUNCING

by Gpms Kuin on Tuesday, November 15, 2011 at 11:22am ·

Salam hormat kawan kawan ku,

Insaniah dari rupa luarnya nampak seperti sebuah Universiti yang hebat dari sudut pengurusannya. Ada cawangan di Sungai Petani, di Stargate, di Jalan Menara Istana Kuning, anak syarikat yang tumbuh macam cendawan, pensyarah yang ramai, Blok medic yang dihiasi mayat mayat dari Filipina, program LIFE dan lain lain.

Sebenarnya wahai kawan kawanku sekalian, sedarlah bahawa Insaniah kini mengahadapi masalah kewangan yang amat runcing. Betulkah runcing ? Meih jom kita analisis runcing atau tidak maslah kewangan Insaniah.

1. Potongan bayaran yang tak dibayar.

Cuba semua kawan kawan chek balik potongan gaji kita, walaupun dalam slip gaji kita dipotong duit pinjaman atau apa apa pembayaran termasuk KWSP , sebenarnya tak pun dibayar kepapa yang sepatutnya. KWSP tak buat potongan majikan,potongan pinjaman tak dibayar.

Ada bukti kaa brother ?

Ada lah bukti. Ramai staf yang hadapi masalah , antaranya :

- Kereta mereka nak ditarik oleh bank kerana Insanaih tidak buat pembayaran ke Bank walaupun dalam slip gaji dipotong.

- Beberapa staf hadapi masalah hendak disaman oleh mahkamah kerana tak bayar hutang rumah. Beliau terkejuut kerana menyangka Insaniah dah bayar dengan potongan gajji tapi tak bayar pun ... dalam slip gaji potong tapi sebenarnya tak bayar pun

- KWSP tidak dibayar mengikut jadual

- Hutang peribadi dikenakan amaran dan interest tertunggak tak bayar.

- Syarikat insuran tak tanggungjawab kerana Insanaih tak bayar potongan insuran staf.

2. Insan Bestari

- Bila marah tahfiz demo lalu diusir pensyarah diploma tahfiz ke Yayasan. Tapi yang peliknya letak pensyarah diploma tahfiz bawah yayasan namun bangunan bestari masih tegar tak keluar , agak agak bagaimana yaayasan islam nak urus beri pensyarah tanpa bangunan.. ooooooo ... sebenarnya Insanaih letak syarat supaya Yayasan Isalam bayar jumlah tertentu untuk langsaikan hutang insaniah dengan kontraktor...


3. Zakat

- Isu zakat pelajar yang Jamil terima daripada Sultan Kedah... isyhhhhh isyhhhh kalau student tahu cerita ini mampus Jamil..demonstrasi pulak ..... Rupanya duit zakat digunakan dahulu sebagai pendahuluan pengurusan dalaman... apa hukumnya.. tanyalah Ustaz Mohd Wan Sya’ya Zakaria. Jenuh kelentong lah pentadbiran kat student .. masalah nama lah.. masalah key in lah... masalah yang dibuat-2.

4. Gaji

- Nak bayar gaji bulan ni pun dok paras kerongkong dah sampai terpaksa minta tambahan duit kepada pejabat MB melalui MBi (Perbadanan Menteri Besar)

5. Timbunan hutang syarikat yang belum dibayar

- Berapa banyak bil bil syarikat yang berurusan dengan Insanaih yang belum dibayar. Itu belum lagi bil dari program LIFE. Itu belum lagi bil dari peguam-peguam Insaniah. Itu belum lagi bil penuh daripada Karpal Sigh.



Semua yang saya dedahkan ini membawa implikasi kepada :

- Kenaikan yuran pelajar

- Zakat pelajar lewat diagihkan

- Minta sedekah serata cerok termasuk MBi

- Reputasi buruk Insanaih dengan syarikat yang berurusan menyediakan perkhidmatan

- Keberangan staf kerana hadapi tekanan hidup dengan saman, tarik kereta, bayar interest kelewatan insaniah bayar hutang,

- Kezaliman kepada staf yang mengambil insuran nyawa atau kemalangan yang berhadapan risiko insuran tak valid kerana lewat Insaniah buat bayaran

- Pengurusan kewangan yang amat merumitkan.

Renung-renungkan artikel ini.

Slogan kita hanya satu L JAMIL MESTI BERUNDUR DARI INSANIAH

Presiden GPMS KUIN.